Friday, October 31, 2008

Doktrin ANWAR berjaya

Walaupun tidak memerintah negara tetapi kerajaan tetap menerima doktrin yang dikenakan kepada pihak kerajaan dengan penurunan harga minyak ..
Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok
Harakahdaily
Fri | Oct 31, 08 | 5:49:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Kerajaan sebentar tadi mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.
Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Memahami KEJADIAN ALAM

Memahami kejadian alam

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

ILMU daripada Allah terkandung berjuta hikmah. Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah. Contohnya, sesuatu yang tidak diketahui atau terfikir oleh akal tidak semestinya bermakna ia juga tidak ada.

Sehubungan itu, keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa telah mampu memberikan asas iman yang kukuh dalam diri manusia.

Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran telah memberikan asas yang boleh menjadi pedoman untuk manusia. Manakala, penerokaan mengenai langit alam seperti langit dan bumi hanya boleh dilakukan melalui alat atau teknologi.

Surah al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada umat Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya ‘kalam’ iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu. Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.

Memahami Keterbatasan Manusia

Al-Quran telah menjelaskan bahwa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna: Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. (Surah Ibrahim:32)

Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian. Inilah asas 'ulul albab' yang terdapat di dalam al-Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa. Surah Ali Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.

Allah juga memberikan asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, seringkali al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini dan manusia perlu selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya.

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al Mukmin : 57)

Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amatlah terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan kehidupan.

Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan landasan. Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena tersebut.

Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat kepada manusia tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.

Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan teknologi, informasi, dan industrialisasi. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap kuasa yang belum menguasai teknologi.

Manusia kadangkala telah kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur bahwa atas nama "penalaran dan logik", secara sedar atau tidak, kita telah mengikis budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya. Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi bergantung pada alam, namun malahan menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.

Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan yang canggih untuk menghancurkan sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika sudah tidak lagi jadi pertimbangan.

Oleh itu, amat penting bagi seorang remaja untuk memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri. Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.

Dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang telah diberikan nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.

Membangunkan keupayaan fizikal semata-mata tanpa diiringi dengan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan umat menjadikan manusia bersikap individualistik dan boleh diibaratkan sebagai pohon yang rendang tetapi beracun dan berbahaya untuk dimakan.

Kesimpulan

Kesempurnaan kejadian alam ini seharusnya menjadi titik tolak kepada kebenaran. Ilmu di dunia pada pandangannya hanya ilmu pada tahap awal. Sesuatu yang hanya sedikit, yang didapati dalam upaya pengembaraan yang terbatas menyebabkan jawapan terhadap alam dan hakikat kejadian juga terbatas.

Di sinilah perlunya keimanan kepada yang Maha Pencipta kerana darinya yang Maha Mengetahui dan mengaturkan alam yang tidak terbatas ini. Keyakinan tentang adanya Pencipta dan Pengatur alam ini menjadikan manusia terpedoman dalam memahami hidup dan kehidupan

Sunday, October 26, 2008

APIUM bukan POLITIK tetapi ULAMA` KINI

Kerana politik, pengambilan pelajar APIUM dikurangkan?
Intan Abdullah
Wed | Oct 15, 08 | 11:05:28 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Ketika suasana kian hangat memperkatakan mengenai isu pilihan raya kampus (PRK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam, berita terbaru mengenai kampus adalah tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya mengurangkan pengambilan pelajar bagi kursus Pengajian Islam.
Iklan




Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), merupakan salah satu daripada institusi pendidikan agama Islam yang terkemuka di negara ini.

Saban tahun terdapat ratusan graduan yang lahir daripada APIUM dan menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelbagai permasalahan timbul akibat daripada tindakan pihak pentadbirannya.

Bermula daripada isu kenaikkan yuran pengajian, isu pelajar sarjana muda pendidikan Islam kini muncul isu terbaru di mana terdapat perbincangan di kalangan pihak pentadbiran yang mahu mengurangkan pengambilan pelajar untuk memasuki APIUM.

Sebelum ini pengambilan untuk satu sesi adalah sekitar 150 orang bagi setiap bidang pengajian meliputi Bidang Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam dan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Namun begitu, cadangan yang terbaru dibuat adalah setiap bidang pengajian hanya mengambil sekitar 50 pelajar setiap sesi kemasukkan.

Pengurangan secara mendadak ini memberikan kesan yang cukup besar terhadap para pelajar khususnya yang mengambil bidang agama.

Sekiranya perkara ini berlaku bermakna ruang untuk para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awam terutamanya di APIUM akan semakin berkurang. Ini akan menjejaskan para siswazah yang mempunyai kepakaran agama untuk berkhidmat di dalam masyarakat.

Selain itu juga, dipercayai pengurangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor politik.

Hal demikian kerana, pelajar-pelajar lulusan agama seringkali dikaitkan dengan cenderung kepada pembangkang. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan pelajar-pelajar ke dalam bidang pengajian agama ini.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan ramai dalam kalangan pelajar dan pensyarah mendesak supaya pihak pentadbiran UM menggantikan pengarah APIUM dengan pengarah yang baru.

Hal demikian kerana, sejak pengarah yang sedia ada ini memimpin APIUM, pelbagai masalah yang berlaku di dalam APIUM. - mks._

Saturday, October 25, 2008

Situasi APIUM KINI

Kerana politik, pengambilan pelajar APIUM dikurangkan?


Intan Abdullah Wed Oct 15, 08 11:05:28 am MYT


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Ketika suasana kian hangat memperkatakan mengenai isu pilihan raya kampus (PRK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam, berita terbaru mengenai kampus adalah tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya mengurangkan pengambilan pelajar bagi kursus Pengajian Islam.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), merupakan salah satu daripada institusi pendidikan agama Islam yang terkemuka di negara ini. Saban tahun terdapat ratusan graduan yang lahir daripada APIUM dan menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelbagai permasalahan timbul akibat daripada tindakan pihak pentadbirannya. Bermula daripada isu kenaikkan yuran pengajian, isu pelajar sarjana muda pendidikan Islam kini muncul isu terbaru di mana terdapat perbincangan di kalangan pihak pentadbiran yang mahu mengurangkan pengambilan pelajar untuk memasuki APIUM.

Sebelum ini pengambilan untuk satu sesi adalah sekitar 150 orang bagi setiap bidang pengajian meliputi Bidang Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam dan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Namun begitu, cadangan yang terbaru dibuat adalah setiap bidang pengajian hanya mengambil sekitar 50 pelajar setiap sesi kemasukkan.

Pengurangan secara mendadak ini memberikan kesan yang cukup besar terhadap para pelajar khususnya yang mengambil bidang agama. Sekiranya perkara ini berlaku bermakna ruang untuk para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awam terutamanya di APIUM akan semakin berkurang. Ini akan menjejaskan para siswazah yang mempunyai kepakaran agama untuk berkhidmat di dalam masyarakat.

Selain itu juga, dipercayai pengurangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor politik.
Hal demikian kerana, pelajar-pelajar lulusan agama seringkali dikaitkan dengan cenderung kepada pembangkang. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan pelajar-pelajar ke dalam bidang pengajian agama ini.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan ramai dalam kalangan pelajar dan pensyarah mendesak supaya pihak pentadbiran UM menggantikan pengarah APIUM dengan pengarah yang baru. Hal demikian kerana, sejak pengarah yang sedia ada ini memimpin APIUM, pelbagai masalah yang berlaku di dalam APIUM. - mks._

Friday, October 24, 2008

MPM TOLAK CARE TAKER

23rd
Bekas MPMUM Tolak Tawaran ‘Caretaker’
Files under Berita | Posted by editor_mkini

PETALING JAYA, 22 OKTOBER (SK) - BEBERAPA orang bekas ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) menolak penawaran menjadi ‘caretaker’ selepas pembubaran MPMUM 2 Oktober lalu.
Menurut salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz, perlantikan ‘caretaker’ ini adalah tidak relevan kerana banyak perkara yang tertangguh tidak lagi diselesaikan sewaktu kepimpinan MPMUM tahun 07/08.

“Kami juga melihat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk menerajui kabinet ‘caretaker’ ini sebagai tidak relevan kerana sepanjang tempoh kepimpinan MPMUM pada tahun 07/08 banyak perkara-perkara tertangguh yang tidak dapat diselesaikan secara rasmi,” katanya ketika sidang media di Universiti Malaya.

Dalam kenyataan yang dibacakan, ‘caretaker’ adalah sebuah kabinet yang dianggotai oleh kesemua bekas ahli MPMUM selepas majlis berkenaan dibubarkan 2 Oktober lepas dan dilantik diatas budi bicara Naib Canselor.

‘Caretaker’ berperanan menjadi suara pelajar walaubagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atas apa-apa keputusan yang ditentukan oleh pentadbiran universiti terutama hal-hal berkaitan kewangan.

“Ini bermakna ‘caretaker’ tidak mempunyai kuasa yang mutlak dan kuasa untuk mencapai keputusan akhir dalam menentukan hak dan kebajikan pelajar,” katanya lagi.

Kumpulan berkenaan, diantaranya dianggotai oleh tiga bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, turut mendesak agar keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mahasiswa secepat mungkin.

“Universiti Malaya adalah universiti terpencil yang masih belum menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) walaupun UM sering dicanang sebagai universiti perdana.

“Sehubungan dengan itu, keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mesti dalam taqwim universiti sebagai permulaan sebuah erti demokrasi yang matang seperti diamalkan oleh negara maju.

Selain Shahir dua MT MPMUM yang lain ialah Nurul Khairiyah Samsudin dan Mohd Hilman Nordin selain 10 pelajar yang lain turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi-SuaraKeadilan

Lagi di TVPAS.

MAHASISWA KINI

Muwasafat Tarbiyah : Muhasabah yang Perlu Dicermati
Files under Kolum Aktivis | Posted by editor_mkini

djat.jpgAkhir-akhir ini, gerakan Islam khususnya semakin ketandusan keahlian yang diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan gerakan agar terus bernafas. Kualiti dan kuantiti ahli sudah kurang dibicarakan dan dilumati dalam mengkaderkan pelapis.

Pasca pilihan raya umum baru-baru ini, sedikit sebanyak meng’arah’kan hala tuju gerakan Islam menjadi lebih ’kepolitikan’ berbanding persoalan-persoalan tarbiyah atau didikan yang dahulunya sering digemakan. Ini juga tanpa disedari turut berlaku dalam gerakan mahasiswa Islam (GMI) di kampus.

Hari ini, gerakan akan berbangga dapat melahirkan ahli yang ramai yang mampu menampung kekosongan gerak kerja Islam. Kuantiti yang berbilang ini kadang-kala membuaikan rasa selesa bagi gerakan.

Demonstrasi, kuliah-kuliah ilmu, setakat ini masih lagi dapat didominasi dan dimobilasi bagi ’menggerun’kan pihak musuh dengan kehadiran ahli-ahli ini. Namun, adakah kuantiti ini selari dengan kualiti yang diperlukan dalam sesebuah gerakan?

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh ahli gerakan: Sejauh mana pemahaman ahli dalam jihad-jihad yang mereka sertai selama ini? Yang sanggup berhadapan dengan risiko-risiko lebih besar lagi? Yang bukan sekadar menjadi front liner dihadapan, bahkan bersedia dilenyek kereta kebal tentera seandainya memerlukan ahli gerakan berbuat sedemikian?

Lalu, beberapa perkara yang disebut muwasafat tarbiyah harus diteliti semula. Gerakan perlu meletakkan standard kader ahli dengan sekurang-kurangnya memenuhi beberapa kriteria-kriteria berikut:

Aqidah yang sejahtera (aqidatun salim) : Kefahaman aqidah islamiyyah yang jelas hendaklah dipasakkan dengan utuh dan jitu seumpama akar pokok yang menjalar jauh ke dalam tanah. Bukan sekadar meneliti tauhid-tauhidnya sahaja, bahkan aqidah perjuangan dipraktikalitikan dalam tindakan mereka.

Ibadah yang sahih (ibadah soheh) : Dalam pada itu, kehidupan mereka terangkum dalam ibadah yang natural dan bersih daripada sebarang unsur bid’ah. Melaksanakan ibadah berpandukan ilmu yang dipelajari. Seluruh ibadah dilaksanakan tanpa memilih-milih sama ada yang sunat mahupun wajib.

Akhlak yang mantap : Seorang ahli gerakan adalah seorang daie yang menjadi contoh terbaik orang disekeliling. Mana mungkin seorang ahli gerakan mengucapkan kata-kata nista dan umpat tanpa sebarang sebab. Mereka juga menjaga adab-adab dalam berjemaah disamping melestarikan ukhwah islamiyyah.

Mampu bekerja : Yang dimaksudkan ini adalah bijak dan berkapasiti pengorbanan yang tinggi dalam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab.

Berpengetahuan luas (ilmun wasi’) : Pra-syarat inilah yang semakin dilupakan oleh sekelian ahli gerakan. Dek mengejar tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehingga terlupa mengisi ilmu di dada. Silibus-silibus pengkaderan haruslah disemak dan dianalisis semula agar ia benar-benar ilmiah dan semasa. Majalah, surat khabar serta internet perlu diakses dan sensitif agar tidak kosong dadanya daripada ilmu pengetahuan semasa.

Tubuh yang cergas : Ini tidak dapat dinafikan lagi. Kesihatan tubuh perlu dijaga. Kebanyakan ahli gerakan kadangkala mempunyai tabiat makan yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, perancangan makan juga perlu disusun untuk melahirkan ahli yang sihat tubuh badannya.

Menguasai diri (mujahadutnnafs) : Ahli gerakan tidak boleh mendabik dada merasakan mereka sudah banyak melakukan kebaikan dek gerak kerja mereka. Kita sedia maklum, ahli gerakan perlu turun ke medan-medan dakwah bersama-sama dengan masyarakat yang pelbagai. Justeru itu, kekuatan jiwa daripada pengaruh yang menggugat harus dipertingkatkan. Di samping amalan-amalan rohani serta solat fardhu yang menjadi pertolongan.

Teratur urusannya (munazzamah) : Kebatilan yang terancang pasti jua akan menang seandainya kebenaran itu tidak tersusun dan berstrategi. Setiap ahli gerakan perlu berusaha mewujudkan planner harian untuk menyusun gerak kerja harian serta tidak mudah lupa dalam menjalankan amanah.

Sangat menghargai masa : Sudah menjadi kelaziman, ahli gerakan sewajarnya menjadikan masa sebagai aspek terpenting dalam hidup. Setiap yang berlalu tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Sentiasa merasakan resah seandainya setiap saat yang bergerak tidak melakukan kerja-kerja Islam.

Bermanfaat kepada orang lain : Aspek inilah yang mahu dilahirkan daripada setiap gerakan Islam. Kehadiran ahli gerakan di mana-mana sahaja sentiasa dirasai dan ketiadaannya sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan kerana glamournya, tetapi kerana rembesan tarbiyah dirinya cukup menjadikan orang sekelilingnya merasa tenang bersamanya.

Kita sedar akan realiti. Gerakan tidak mampu melahirkan ahli sesempurna itu. Namun, suatu sistem atau strategi harus dikemaskini kembali supaya matlamat adalah mengarah kepada kualiti ahli yang disebutkan di atas. Barulah gerakan Islam mampu ’menggegarkan’ musuh-musuh yang selama ini memandang enteng dan sebelah mata.

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh
(Pengarah Pembangunan Insan Pro Mahasiswa Nasional)

Sunday, October 19, 2008

Saturday, October 18, 2008

MAHASISWA tetap terbeban WALAUPUN minyak turun

Harga minyak turun lagi
Oct 14, 08 5:53pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

petrol price hike reduction from rm2 45 to rm 2 30 141008Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

DEMOKRASI PRK

Kembalikan roh demokrasi pilihan raya kampus
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Oct 16, 08 | 3:59:03 pm MYT

Pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009 ini bakal mengulangi sejarah ketika mana penulis masih menuntut di menara gading suatu ketika dahulu.
Iklan




Apa yang dimaksudkan penulis adalah hanya merujuk kepada tarikhnya yang tidak serentak.

Namun dari segi pelaksanaan menggunakan sistem online atau lebih dikenali dengan sistem pengundian e-voting, tiadalah pula pengalaman yang boleh dikongsi bersama adik-adik pengundi mahasiswa sekarang ini.

Malah, suatu ketika dahulu kami menguruskan sendiri segala peralatan kempen bagi calon kami termasuklah poster, kain rentang, handbill selain risalah yang dibuat bagi memastikan kejayaan calon yang di'pasarkan' agar matlamat untuk menerajui kerajaan mahasiswa di kampus tercapai.

Kesempatan yang diambil kami sewaktu tarikh PRK tidak serentak ialah mengadakan kunjungan ke kampus yang selesai menjalani pembuangan undi bagi menganalisis situasi, serta keputusan kampus tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi PRK di tempat kami.

Pada masa yang sama, kami turut mengambil 'semangat' dan 'pesanan' dari sahabat-sahabat dari kampus tersebut sebagai azimat penerus perjuangan, bagi mendaulatkan suara dan hak mahasiswa.

Malah, penulis juga mahu berkongsi ilmu yang perlu difahami oleh mana-mana mahasiswa yang melibatkan diri dengan PRK iaitu mendalami peraturan pilihan raya yang dikeluarkan oleh pihak universiti.

Meskipun ada yang beranggapan bahawa tuntutan atau bantahan mengenainya tidak akan diendahkan oleh pihak suruhanjaya PRK, ianya tidak sewajarnya terus diketepikan.

Inilah medannya untuk mahasiswa menyelami situasi pilihan raya kampus di luar sana.

PRK harus dikembalikan rohnya dalam bentuk yang demokrasi, tidak dibayangi oleh tradisi tetapi kebenaran.

Pejuang demokrasi kampus tidak perlu takut dengan taktik kotor oleh mana-mana kumpulan, walaupun ianya dilaksanakan secara serentak.

Suatu ketika dahulu, kumpulan pro pembangkang (kini dikenali sebagai pro mahasiswa) menang besar di kampus seluruh negara dengan pelaksanaan sistem pilihan raya secara tidak serentak.

Lalu, sekumpulan think-tank KPT dilantik kemudiannya menumpaskan mereka dengan taktik rakus dan kotor dengan mengadakan PRK secara serentak.

Justeru, mahasiswa..anda tidak perlu kaget dengan perubahan kecil ini. harus punya persediaan setiap masa agar tidak mudah melatah dan lemah dengan situasi yang dicorakkan oleh sistem. - mks._

Apa sebenarnya itu KAFIR

Adakah orang islam yang tidak berbuat baik dihukum kafir adakah kafir itu perkataan melayu... Sahabat2 sekalian penulis ingin menjelaskan bahawa KAFIR adalah meniggkari APA YANG DISURUH... kalau kita kata kepada orang melayu ini perkataan KAFIR pasti mereka marah tapi kalau kita kata ingkar diam sahaja.. MAna nilai kita APA MAKNA KAFIR!!!! Sahabat 2 , Penulisan ingin mengingatkan kepada pembaca bahawa AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR ITU LUAS maknanya??? adakah mengajak kepa kebaikan dan menghindari dari kejahatan...??? Disini penulis ingin menyatakan bahawa AMAR MAKRUF itu adalah mengajak manusia kepada sesuatu yang diketahui disisi agama adalah baik,manakala NAHI MUNGKAR adalah menghindari dari keburukan yang diketahui oleh syarak.. FIKIRLAH WAHAI PEMBACA

Kolej 10

Di manakah JTK sekalian... Adakah anda suka jika KOLEJ yang kita kasihi ini tidak dilaungkan azan SELAMA 2 MINGGU... Kenapa JTK membiarkan banyak tandas yang tidak elok tidak diperbaiki... Kenapa JTK membiarkan surau di tukarkan ke atas sedangkan yang bawah pun sudah tidak ramai ini kan yang atas dah la terpelusuk jauh ke sana .. JTK OH JTK

Monday, October 6, 2008

PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR

Sahabat2 semarakkan pengorbanan kita jangan kita jadi seperti diluar sana kelam kabut tanpa arah tujuan kita perlu bangkit dan menentang penindasan yang berlaku di kampus kita PRO-M adalah agen PEROBAHAN jangan kita tuggu lagi jangan biarkan mereka yang tidak bertanggungjawab yang mendapat jawatan biarkan mereka yang benar-benar berwibawa dan berwawasan menerajui kampus dan universiti kita ayuh ayuh semarakkan pengorbanan laungan keramat mampu mebggegarkan UM universiti tercinta

Friday, October 3, 2008

MPMUM sudah dibubarkan

Sahabat-sahabat sekalian MPMUM sudah dibubarkan apa tunggu lagi takkan kita masih mahu melihat apa yang kita hajati dari dulu hingga sekarang tetap tidak berubah... mari sahabat-sahabat kita gembelingkan tenaga bersatu menyokong PRO-M agar PEROBAHAN yang dijanjikan PRO-M mengatasi apa yang dijanjikan aspirasi dulu... Bangun-bangun garapkan semangat satukan hati agar PRO-M mencapai kejayaan dalam memandu kita generasi MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA ketahap yang cemerlang lagi gemilang.. HIDUP-HIDIP MAHASISWA.. BANGKIT-BANGKIT MAHASISWA... STUDENT... POWER... 2/ oktober / 2008 tarikh pembubaran.

APA TUNGGU LAGI SAHABAT

Kita sudah mula melihat dunia sekarang sudah mula merudum jatuh ke tahap yang berbahaya takkan la kita masih mahu menunggu sehingga negara sudah muflis barulah kita terhegeh-hegeh untuk mencari cabang-cabang kewangan bagi menampung kehidupan seharian kita... jangan kita lepaskan peluang selagi ia masih terbuka dihadapan mata kita...
AL ISHTIRAK amat membantu kita hanya pada tangan kita lah yang akan menentukan masa depan kita..AYUH KITA LAKUKAN PERUBAHAN AGAR KITA AKAN MERUBAH NASIB KITA.......

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)