Saturday, July 18, 2009

Mahasiswa: Lambang kebangkitan NEGARA"



Semalam merupakan hari yang paling dahsyat dan menyayat hati saya apabila terlampau ramai mereka yang terlibat dengan demonstrasi ditangkap dan ditahan.Tidak pernah selama saya asyik mengikuti demonstrasi yang meminta kepada keadilan dan keamanan sejagat diperlakukan serbagini.
Saya sebenarnya menjadi terkedu apabila perhimpunan yang tidak seramai mana pun yang terlibat tetapi dihentam secara agresif oleh pihak polis,FRU dan yang sekutu dengannya.Bila saya berfikir sejenak adakah kami yang meminta kepada keamanan perlu ditahan ataupun disokong kerana terdapatnya rakyat MALAYSIA yang begitu prihatin kepada UMMAH di luar sana dibunuh,diperlakukan sebegitu kejam dan sebagainya.

Saya telah bertanya kepada seorang anggota polis yang terlibat dalam penahanan semalam mengenai demonstrasi tersebut.Beliau menyatakan kami menyokong tetapi pihak atasan tidak dapat membenarkan demonstrasi seperti ini dilakukan.
Di sini saya merasakan suatu masalah yang sungguh besar berlaku antara kerajaan kita dengan kerajaan THAILAND. Adakah kerajaan kita ini ada sesuatu masalah dalaman yang berlaku antara MALAYSIA dan THAILAND, ataupun pihak polis terlampau tertekan dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini,ataupun mahasiswa itu sendiri terlampau agresif sehinggakan pihak polis tidak tahan dengan apa yang berlaku?
Jangan biarkan masalah ini selesai dengan mudah tanpa memberi prihatin kepada suara MahAsiswa yang bersungguh-sungguh menyatakan ketidak puasan hati terhadap kekejaman yang berlaku terhadap UMMAT ISLAM di luar sana.
"ISLAM AKAN BANGKIT BILA DITEKAN,MAHASISWA AKAN MARAH BILA DIANAYA"

Thursday, July 16, 2009

Analisis Manek Urai: PAS menang tipis walau diasak hebat



Wan Nik Yusof Ngah
Thu | Jul 16, 09 | 10:53:00 am MYT

Kemenangan akhirnya berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Umno yang mewakili Barisan Nasional terpaksa mengiktiraf kuasa rakyat Manek Urai.

Keputusan awal pada 6.30 petang 14 Julai lepas, memberi jawapan penuh kebenaran bagi rakyat Manek Urai sama ada jelas menerima atau menolak janji-janji BN atau menerima hakikat tindakan kerajaan BN yang menggelapkan wang royalti minyak untuk Kelantan.

Maknanya, rakyat Manek Urai masih menaruh harapan kepada PAS untuk menunaikan hak dan kepentingan mereka. Isu royalti minyak adalah terlalu singkat ia dibangkitkan. Banyak rakyat yang masih tidak memahaminya. Ada yang menganggapkan sebagai mainan PAS kerana kononnya terdesak.

Walaupun begitu, kemenangan tipis 65 undi adalah suatu realiti yang membuktikan PAS diasak kuat oleh BN dan agensi kerajaan Pusat serta kapasiti Timbalan Perdana Menteri yang hadir mengetuai jentera kempen bukan atas sifat Timbalan Presiden Umno.

Kesungguhan pemimpin BN untuk menang sanggup menyalahgunakan kuasa dan ruang demokrasi sehingga tawaran jambatan dan pembangunan Manek Urai sebagai pusat agropolitan adalah isu bernilai tinggi dapat memukau perggantungan pengundi atas pagar kepada BN.

Ia suatu cetusan masa depan yang bunyinya retorik tetapi itulah impian pengundi yang berstatus atas pagar. Cetusan itu tidak dapat diimbangi oleh PAS, meskipun PAS adalah mewakili kerajaan Pakatan Rakyat di sebuah negeri yang terpinggir sejak sekian lama.

Begitu juga sedikit sebanyak permasalahan semasa rakyat Manek Urai nampaknya belum selesai dan agak rumit diselesaikan. Permasalahan hidup itu ada kaitannya dengan kepayahan hidup mereka sekian lama.

Ia berkaitan dengan isu tanah, air, jalan, input pertanian dan jaminan mengatasi beban kemiskinan. Kesemuanya hanya dilihat secara spesifik setelah berlaku pilihan raya kecil. Mana mungkin ia dapat diselesaikan kesemuanya.

Apa yang ketara, kesemua permasalahan kepayahan rakyat Manek Urai telah dijadikan modal bagi kempen BN untuk merendah-rendah jasa dan bakti PAS yang telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Jelingan isu-isu tersebut telah memukau pemikiran logik mereka yang sedia berdepan dengan permasalahan tersebut.

Selain itu, ia turut menyentuh jiwa dan pengharapan masa depan golongan pengundi muda. Justeru itu, sebahagian pengundi muda telah beralih sikap kepada BN. Ia mungkin disokong dengan keyakinan terhadap calon PAS berbanding calon BN yang mewakili kumpulan muda atas faktor jawatannya sebagai ketua pemuda bahagian. Meskipun, asas nilai 'kepemudaan' boleh dianggap jurang antara dua calon, jentera PAS dilihat lebih memahami.

Oleh kerana itu, didapati banyak aktiviti kempen PAS banyak terkhusus kepada golongan muda. Tetapi ia belum memadai untuk menampilkan imej calon PAS sebagai tokoh sebenar mewakili golongan muda. Sedangkan pengundi muda di Manek Urai agak besar iaitu melebih 47 peratus.

Atas kekuatan itu, pengundi muda agak rapat dengan kempen BN.

Walau apapun, kemenangan tipis PAS turut disempurnakan oleh kesediaan pengundi PAS yang berada di luar Manek Urai sanggup balik mengundi, meskipun berdepan dengan masalah cuti dan beban kewangan ketika ekonomi mendesak sekarang. Sumbangan pengundi dari luar cukup besar, jika tidak PAS pastinya kalah besar.

Menyedari hakikat inilah, taktik PAS pada saat akhir adalah bermain taktik psikologi dengan meyebar luas peluang kemenangan besar berpihak kepada PAS. Menyebabkan jentera BN kalut dan kucar-kacir.

Tambahan pula tersebar cepat berita kepulangan awal (pada jam 3.30 petang) Muhyidin Yasin ke Kuala Lumpur. Turut menyakinkan sebahagian pengundi betapa BN sudah kalah besar, kerana pemimpin besar telah mundur lebih awal.

Inilah nilai kemenangan tipis PAS yang nostalgik kepada PAS dan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku peneraju rakyat Kelantan sekarang.

Semoga Tuhan Yang Esa, memberi kemenangan tipis ini bakal membuahkan nilai-nilai koreksi ikhlas semua peringkat parti dan kerajaan negeri di dalam mengolah tanggungjawab dan amanah kepada rakyat Kelantan, khususnya di Manek Urai

Saturday, July 11, 2009

Perempuan Puaka ’ popular dalam kampus


BINCANG DAN FIKIRKAN

Semakin terasa kehangatan yang berlaku dalam kampus, mungkin kerana darah muda yang semakin menusuk dalam kalbu mahasiswa.Semakin kuat serangan yang dilakukan kepada MAHASISWA pasti semakin hangat perkara ini diperbincangkan.
Kerajaan seharusnya terus menutup kes ini sebagai menjaga nama baik PEREMPUAN NO 1 NEGARA "Datin Seri Rosmah" kerana beliau merupakan orang yang paling diharapkan di MALAYSIA ini selepas PERDANA MENTERTI kita "Dato` Seri Najib Tun Razak" tetapi itu semua hanyalah cadangan yang mampu dilontarkan kepada kerajaan bagi membersihkan semula nama baik PEREMPUAN NO 1 MALAYSIA.
Remaja / Mahasiswa merupakan pewaris perjuangan memimpin kerajaan masa akan datang,tidaklah cantiknya jika mereka ini di hina, di tuduh dan di reman sehingga merencatkan lagi suasana kehidupan mereka yang bakal mentadbir nagara jika di berikan peluang oleh ALLAH.
Darah muda merupakan darah untuk mencampakkan segala idea dan ketik puasan hati terhadap segala bentuk kezaliman mahupun keburukan yang berlaku secara sah mahupun tidak sah,Tetapi mereka ini mungkin tersilap langkah andai kata mereka ini benar-benar bersalah dan menjadi suatu benda yang tidak munasabah bagi pihak kerajaan menahan mereka sehingga membantutkan kehidupan mereka yang masih cerah lagi. Nasihat dan teguran perlulah diberikan , bukan sekadar menjaga nama baik MALAYSIA bahkan menjaga nama baik PEREMPUAN NO 1 MALAYSIA. Kepada sekian yang terlibat fikir dan renunglah segala bentuk tindak kan yang dilakukan. MAHASISWA merupakan pelapis kepada negara manakala negara adalah pembantu membtulkan segala kesilapan dan ketidak betulan yang dilakukan oleh pihak mahasiswa .

Sedarlah Wahai Insan

Apakah erti makna kemaafan,
Sekiranya dihati tiada keikhlasan,
Apakah erti makna percintaan,
Jika dihati tiada perasaan,
Apakah erti makna kehidupan,
Jika tiada keinsafan dan keimanan,


Apakah erti makna perjanjian,
Seandainya kau yang menghancurkan..
Kuhanyut di lautan sepi,
Pulaunya tiada penghuni,
Apakah bezanya hati dan naluri?
Sehingga kini ku tercari-cari..
Percintaanku sedetik cuma,
Sisanya ku lontar sudah..
Tapi parutnya masih berdarah..
Apakah ini nikmat bercinta?
Kini kusepi dan kumengerti,
Lumrah kehidupan yang dahulu kuingini,
Cinta yang kekal harusnya datang dari hati,
Buat diriku, tiada lagi cinta kerana simpati.

Thursday, July 9, 2009

Bangkit Selepas Jatuh

Sekian lama kita insan ini sering gagal dalam hidup, namun kegagalan itulah yang akan memebangkitkan semangat kita untuk terus ke hadapan dan berani.
Baru-baru ini sahabat saya baru sahaja di masukkan ke penjara atas pelbagai tuduhan dan hasutan yang di terima oleh mereka,namun semua itu adalah batu lonjatan kepada mereka untuk terus ke hadapan dan bangkit meneruskan apa yang perjuangkan itu.
Kita hari ini adalah pemberontak di Jalan ALLAH, mungkin hari ini kita rasakan bahawa kita adalah orang yang paling mulia di sisi ALLAH tetapi sebenarnya masih belum cukup pra syarat untuk mendapatkan semua itu.
Dalam kehidupan kita sebagai HAMBA ALLAH ini ada dua benda yang perlu kita jaga iaitu pertalian dengan ALLAH & pertalian dengan sesama MANUSIA.Ramai dikalangan kita yang sudah sempurna talian dengan ALLAH kerana kita ini takut dengan ALLAH tetapi adakah talian sesama MANUSIA ini kita telah selesaikan.
"ILMU TANPA AMAL ITU IBARAT POKOK TANPA BUAH"
ilmu itu ubat dan amal itu senjata ,manakala manusia itulah medannya.Allah kurniakan kepada manusia sesuatu yang amat beharga dan bernilai untuk membezakan tarafnya dengan makhluk lain,tetapi manakah kelebihan itu jika kita simpan dan peralatkan jiwa kita supaya tunduk dan berdiam dalam sanubari sahaja.
Mungkin hari ini, hari yang paling membimbangkan semua manusia yang kaya raya kerana besok merupakan hari muflis mereka,begitu juga dengan seorang menteri kerana besok dia akan dilucutkan jawatannya tetapi siapakah yang akan bimbang jika hari besok akan tibanya kiamat jika dunia masih ada di depan kita tanpa menjadikan ia sebagai jambatan menuju ke hari penetuan.



Bersamalah kita fikirkan adakah dengan kita semata-mata menuntut ilmu tanpa di amalkan mampu menjadikan manusia ini kenal ALLAH.
"TIDAK ADA YANG LEBIH MULIA DI SISI ALLAH MELAINKAN ORANG YANG BERTAQWA"

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)