Sunday, March 28, 2010

Firaq Islam (1)

Alhamdulilah sudah hampir tamat pembelajaran sem ini, bagi saya inilah sesuatu yang amat ditakuti oleh sekalian student kerana peperiksaan hampir tiba. Namun, dikesempatan yang terindah ini, eloklah saya kongsikan serba sedikit beberapa bentuk kemunculan politik fahaman dalam islam semenjak awal kewafatan NABI s.a.w. Amatlah dukacitanya golongan yang tidak memahami pemahaman golongan ini sebelum mereka benar-benar duduk dalam memperjuangkan politik islam.
Sejak dari awal lagi masalah kepempinan ini telah muncul sehinggalah kehari ini, jika kita melihat pada zaman Saidina Abu Bakar sehingga Saidina Ali sudah mula permusuhan dalam islam. Namun ianya masih dapat diselesaikan dengan bijaksana dan tepat kerana mereka ini merupakan KHULAFA` AR RASYIDIN.
Jika kita melihat dengan lebih dekat dan penuh amati pasti kita tidak merasakan pelik jika politik dan fahaman pada masa kini amat-amat gila dan punah dari landasan agama kerana mereka kadang-kadang meletakkan al quran ditempat yang tinggi tetapi melupakan sunnah Nabi, dan kadang-kadang meletakkan rasional melebihi segala-galanya.
Insyallah saya akan berkongsi pada rakan-rakan pembaca sekalian tentang asas-asas fahaman beberapa fahaman pada zaman dahulu kala supaya kita dapat membuat ukuran dengan fahaman pada masa kini. Demi Allah Yang Maha Esa, mungkin ada kesilapan dalam kenyataan tetapi inilah serba sedikit perjuangan yang saya mampu lakukan dalam mengharmonikan fahaman umat islam pada masa kini, mudah-mudahan ada manfaat dan ada ilmu dalam memperjuangkan agama yang hakiki.

"ahlul sunnah wal jamaah" "syiah" "khawarij" Muktazilah" Jahmiyah" Jabariah" dan lain-laini.

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)