Saturday, June 19, 2010

Manusia semakin lupa???

Mungkin ramai orang yang tidak sedar bahawa setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini ada kaitannya dengan diri sendiri. Jika kita bayangkan kemusnahan yang berlaku di Pelastin adalah silap mereka atau silap pimpinan mereka , maka kita telah tersalah memikirkan.
" Sesungguhnya manusia itu bersaudara.. " maka jika cuping telinga kanan kita terasa panas pasti ada yang memanaskan kemaksiatan di muka bumi kita ini. Jika kita sayangkan kehidupan manusia ini, maka kita kena hidupkan kembali kesedaran bahawasanya setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan cara penyelesaiannya.
Saya selaku insan yang dhaif dan lemah memohon agar kita bersama-sama menghulurkan doa, tenaga dan segalanya demi membangunkan islam semula. Kita perlulah menghancurkan manusia yang berlakon islam pada namanya tetapi tidak mempunyai nilai-nilai dan rasa keizahan terhadap islam.
..Islam itu cara hidup kita, berteraskan al quran dan as sunnah , serta ditunjukkan oleh para ulama` pewaris anbiya`..
... ISLAM ITU INDAH TETAPI PEMELUK AGAMANYA YANG TIDAK KENAL ISLAM SEHINGGA DILIHAT SEBAGAI TIDAK SECANTIK SEPERTI YANG DIKATA...

Thursday, June 3, 2010

Berkeliaran mencari identiti

Begitulah mahasiswa kini, bila keluar sahaja universiti pasti mereka akan hilang pertimbangan dan kurang faham dengan identiti mereka. Berbeza dengan mereka yang sudah ada pengalaman, mereka menjadikan pengalaman itu sebagai jalan untuk meneruskan hidup mereka setelah tamat pembelajaran di UNIVERSITI. Sebenarnya ramai yang hanya kejarkan bayang-bayang tetapi tidak tahu sama ada bayang bayang itu jelas mahupun kabur, kadang-kadang serupa kadang kadang laini dan yang teruknya tak tahu ke mana perginya bayang bayang itu.
Ramai yang dahulu semasa belajar dialah yang paling hebat, paling tinggi pointer, paling rajin membaca tetapi bila berdepan dengan masyarakat dialah yang paling lemah dan hina. Kenapa??? Adakah universiti itu hanya untuk mengenal ilmu, atau hanya untuk mendapat kerja ???? Fikir-fikirkanlah wahai penuntut mahasiswa...
Janganlah sampai dah ditembak atau dibunuh baru mahu bangun menjadi mahasiswa yang celik mata dan celik IT. Jangan sampai "MAK AYAH" mati baru mahu duduk menyiksa diri.bertindaklah selagi mampu membuka mata dan bersuara lantang janganlah biarkan hati dibunuh syaitan mata ditutup iman.. Bangkitlah mengkoriksi diri jangan sekadar TIDUR LENA, MAKAN KENYANG , HATI SENANG ...

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)