Sunday, October 9, 2011

Pembahagian Mati Syahid

Istilah dan pembahagian Syahid telah dijelaskan mengikut pandangan Fuqaha' sebagaimana berikut:

ISTILAH SYAHID

1) Ulama' Hanafiah: Individu yang dibunuh oleh golongan Musyrikin ataupun yang terbunuh didalam peperangan dengan mempunyai tanda-tanda yang yang jelas sama ada secara zahir atau batin seperti keluarnya darah dari mata ataupun anggota lain yang seumpamanya.

2) Ulama' Syafieah; Individu yang terbunuh dengan sebab memerangi golongan kuffar dengan niat ikhlas kerana AllahSWT secara berhadapan dan bukannya terbunuh semasa lari dari medan pertempuran.

3) Ulama' Hanafiah: Individu yang terbunuh didalam peperangan dengan golongan kuffar,lelaki atau wanita,beligh ataupun sebaliknya,samada dibunuh oleh kuffar atau dengan senjatanya sendiri ataupun terjatuh dari kenderaannya atau meninggal dunia tanpa terdapat kesan-kesan pada anggota badannya tetapi mempunyai niat yang ikhlas untuk berperang dijalan Allah SWT.

PEMBAHAGIAN SYAHID :

1) Syahid Dunia: Individu yang syahid berpandukan hukum dunia tetapi tidak mendapat pahala syuhada' di sisi Allah disebabkan terdapat unsur-unsur ketidakikhlasan dalam berjuang serta mempunyai kepentingan duniawi dalam melakukannya. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan dan tidak dikafankan tetapi disemadikan dengan pakaian dan darah yang masih melekat pada tubuh badan mereka.

2) Syahid Dunia dan Akhirat: Individu yang berperang dalam serangan hendap dengan musuh dan terbunuh untuk menegakkan kalimah AllahSWT dengan niat yang ikhlas. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan,tidak dikafankan dan jenazahnya disemadikan dengan pakaian dan darah yang masih melekat pada tubuh badan mereka.

3) Syahid Akhirat: Mereka yang mati kerana bencana alam,dibunuh secara zalim,mempertahankan hak,mati kerana sakit pada bahagian perut,wanita yang mati ketika melahirkan anak,mati lemas,mati ketika menuntut ilmu dan sebagainya. Jenazah mereka diuruskan seperti biasa.

Ulasan daripada; Syeikh Muhammad Al Khatib (Ulama' Al Azhar):

1) Persoalan ini hampir sama seperti yang pernah berlaku pada zaman RasulullahSAW ketika berlaku perang Uhud,ada seorang pemuda yang tidak dapat menyertai perang tersebut menyaksikan peperangan daripada jauh terkena anak panah dan mati. Kematiannya ini ditangisi oleh ibunya yang mempersoalkan kedudukan anaknya diakhirat nanti. Apabila beliau menimbulkan persoalan ini kepada Rasulullah SAW,baginda menjawab bahawa pemuda itu mati syahid.

2) Perkara pertama yang perlu dinilai ialah niat individu itu;

-Sekiranya dia melaknat Israel dan hatinya bersama mujahidin,maka dia dianggap terikat dengan perjuangan fisabillillah dan syahid sekalipun tidak menyertai peperangan.

-Sekiranya dia takut dan bersedia untuk memberi sumbangan dan kerjasama dengan pihak penjajah, maka Allah SWT sajalah yang layak menentukan kedudukannya.

KESIMPULAN

Secara umumnya Jumhur Fuqaha' tidak meletakkan hukum syahid hanya kepada orang yang dibunuh disebabkan tindakan musuh tetapi meliputii semua keadaan walaupun yang terbunuh hasil dari tindakannya memerangi musuh dengan niat yang ikhlas kepada AllahSWT.

Rujukan:

1. Hasyiah Ibnu 'Abidin - jilid 2 m.s 268
2. Qawanin Fiqhi m.s. 96
3. Al Qamus Fiqhi Lughatan Wa Istilahan m.s. 204(Abu Jib)
4. Syahid Fil Islam m.s.77 (Syeikh Hassan Kholid)
5. Ahkam Al Jana'iz Dirasah Fiqhiyah Jadid (Syeikh Muhammad Hassan)
6.Akhbar Afaq Arabiah.

Wednesday, June 22, 2011

Semua Adalah Pendakwah

Assalamualaikum penulis ucapkan kepada semua yang sedia membaca, penulis mohon maaf kerana sudah lama meninggalkan dunia penulisan ini kerana sibuk dengan kelahiran anak pertama dan kegawatan ekonomi buat sementara waktu ini.

Penulis tertarik dengan persoalan tentang pendakwah adalah profesion ustaz dan ustazah sahaja,
jika mahu mendapat gelaran ustaz dan ustazah sahaja baru boleh menjadi pendakwah maka susahlah sebuah keluarga yang ayah dan ibunya seorang jurutera dan kerani.
Persoalan ustaz dan ustazah tidak boleh dijadikan sandaran untuk menjadi seorang PENDAKWAH tetapi ia hanya boleh dijadikan guru atau tunjuk ajar jika ada masalah dalam bab DAKWAH.

Semua manusia yang bergelar ISLAM dan MUSLIM mereka sebenarnya adalah pendakwah, berdakwah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Berdakwah merupakan sesuatu perbuatan yang menyeru untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Mudah-mudahan, kita sentiasa sedar bahawa kita adalah pendakwah dan wajib berdakwah.

Surah Ali Imran ayat 110

yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

SEBAB TURUN AYAT

Ayat diturunkan apabila terdapat dua orang Yahudi iaitu Malik bin Dhaif dan Wahab bin Yahuz telah berkata kepada Abdullah bi Mas'ud dengan kata mereka"Agama kami(agama Yahudi)lebih baik daripada agama Islam yang kau seru kami kepadanya dan kami adalah lebih baik daripada kamu."Maka Allah turunkan ayat ini bagi menjawab dakwaan orang-orang Yahudi ini.

UMAT TERBAIK

Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW adalah golongan manusia yang terbaik yang dikeluarkan kepada manusia lain.Justeru itu umat Islam sepatutnya mengetahui hakikat pengiktirafan ini dan nilai yang telah diletakkan oleh Allah kepada kita.Maka kita perlu ingat dan sedar,bukanlah pengiktirafan ini hanyalah sebagai satu pujian kosong atau cara Allah ingin mengambil hati orang Islam tetapi pujian ini membawa kepada satu tanggungjawab dan amanah supaya ianya menjadi realiti bahawa kita ini adalah umat yang terbaik.Untuk mencapai maqam atau martabat ini,Allah menetapkan tiga ciri seperti di dalam ayat di atas iaitu:
  1. Menyeru kepada kebaikan


  2. Mencegah kemungkaran


  3. Beriman dengan Allah dengan sebenar-benar Iman.

Tuesday, May 10, 2011

Gharar, Maisir dan Riba'

Gharar, Maisir dan Riba'

Perkara2 asas untuk dipertimbangkan:-


ERTI TAKAFUL

Takaful adalah berasal daripada bahasa arab dari kata dasar perbuatan "kafala" iaitu bererti saling menjamin, menjaga dan memelihara.

Konsep Takaful - peserta saling berjanji membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah dan pengamalannya berdasarkan tabarru'(menderma)yang terselamat dari unsur2 gharar dan maisir.

TABARRU'

- Maksud tabarru' ialah pemberian sukarela oleh sebelah pihak tanpa meminta penggantian daripada pihak yang lain.
- Tabarru' dalam Takaful Ikhlas pula ialah setiap peserta Takaful akan memperuntukkan peratusan tertentu kedalam dana tabarru' untuk membantu peseta2 lain ketika ditimpa musibah/bencana dan sebagainya.

Percayalah dengan janji ALLAH:-
* Firman Allah swt :" Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan & takwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa & permusuhan" (Surah Al Maidah: 2)
Ketakwaan yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah berusaha menutupi kepayahan yang dihadapi saudara Muslim kita dengan meringankan kesusahan yang ditanggung. (TABARRU')

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

KENAPA MESTI MEMILIH HANYA TAKAFUL (& bukan yang lain)

BERDASARKAN FATWA JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN 1972

% Tanggal 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelima telah memutuskan INSURANS nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat2 insuran yang ada pada masa ini adalah satu muamallah fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dari segi akadnya kerana mengandungi unsur2 gharar, maisir dan riba'.
(RUJUKAN : JAKIM)

MAKSUD INSURAN :

INSURANS adalah kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (kiranya ada).

MAKSUD TAKAFUL :

TAKAFUL adalah kontrak menderma dan tolong menolong (tidak membeli polisi) kepada satu tabungan lain, bagi membantu sesiapa yang ditimpa musibah.

APA ITU Riba'(faedah)?:

- Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai serahan pada tempoh matang disertakan dengan interest (faedah) apatah lagi sumber pendapatan insurer adalah dari perniagaan duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan(bon & saham) yang konvensional. Elemen riba' juga berlaku jika peserta terpaksa membayar faedah jika ingin mengeluarkan wang(auto premium loan).

Dalil yang mengharamkan riba':
" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'." (Surah Al Baqarah : 275)

*** p/s : simpanan takaful boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan perlindungan khairat kematian sekiranya memerlukan. Wang yang dikeluarkan juga tidak dikenakan faedah (interest fee) & juga tidak perlu dibayar balik.

APA ITU Maisir (judi)? :

-maisir (judi) boleh berlaku dimana pemegang polisi boleh kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar kepada insurer. contohnya ialah ada polisi yang menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum setahun maka nilai serahan adalah zero.

Dalil yang mengharamkan maisir
" Wahai orang yang berIMAN! bahawa sesungguhnya arak & judi & pemujaan berhala & mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah : 90)

APA ITU Gharar ( ketidakpastian)? :

-gharar (ketidakpastian) - Kontrak insuran konvensional mengandungi unsur gharar kerana jika tidak berlaku sebarang tuntutan, satu pihak iaitu insurer akan mendapat semua premium manakala pemegang polisi tidak mendapat sebarang keuntungan.
Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran.

- Dalil yang mengharamkan gharar
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti." ( Riwayat Muslim)

Berdasarkan fatwa itu adalah diharapkan umat Islam dinegara ini akan memikirkan kembali kepentingan hanya memilih Takaful. Oleh yang demikian adalah besar harapan saya untuk melihat muslimin & muslimat sekelian memahami takaful dengan hati yang terbuka & tidak memandang rendah kepada Takaful .. Jika takaful tidak elok masakan banyak syarikat insuran konvensional berusaha keras untuk memiliki lesen takaful.. tepuk dada tanya apa yang kita perlukan..

Tuesday, March 29, 2011

PELUANG MEMPELAJARI AL QURAN DAN FARDHU AIN

ASSALAMUALAIKUM KEPADA PARA PEMBACA,

ALHAMDULILAH DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI ALLAH MEMBERI SAYA KEKUATAN DI DALAM HIDUP INI UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DENGAN MEMARTABATKAN AL QURAN DAN ASAS ISLAM KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA.

- PEMBELAJARAN ADALAH TERUS KE RUMAH PARA PEMBACA

- PEMBELAJARAN ADALAH MELIPUTI CARA MUDAH MENGENAL IQRA, CARA MUDAH MEMBACA AL QURAN, MEMBACA AL QURAN DENGAN BERTAJWID DAN MENGENAL ISLAM DENGAN LEBIH MENDALAM.

- MASA DAN BAYARAN BOLEH DIPERBINCANGKAN.

- MATLAMAT SAYA ADALAH UNTUK MELIHAT RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA SEISLAM SAYA KENAL ALLAH DAN TAHU MEMBACA KALAM ALLAH.

- TERBUKA UNTUK DEWASA , SI KECIL DAN BERKUMPULAN.

- PENGALAMAN DALAM BIDANG INI AKAN SAYA GUNAKAN UNTUK MEMBANTU RAKAN-RAKAN PEMBACA SEKALIAN.

- RAKAN-RAKAN TELEFON DAHULU TEMPAT JAUH ATAU DEKAT SAYA AKAN BANTU CARIKAN SAHABAT YANG LAIN UNTUK PERGI KE RUMAH SAUDARA/RI.

- 014 8290036 (AHMAD FAHMI BIN SUHAIMI)

Menjauhi Fitnah

Menjauhi Fitnah

Yang kami maksudkan dengan fitnah yaitu sesuatu yang menimpa
individu atau golongan, berupa kebinasaan atau kemunduran tingkatan iman,
atau kekacauan di dalam barisan Islam.
Di antara penyebab pertama terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah,
yaitu siapnya hati menerima fitnah tersebut, seperti yang disebutkan dalam
hadits:
“Fitnah-fitnah didatangkan kepada semua hati...Hati manapun yang
mengecapnya, tertorehlah padanya satu noda hitam.”

1 Demikian pula menerimanya yang berlari padanya. Dalam hadits shahih:
“Orang yang berjalan padanya (fitnah) lebih baik daripada yang berlari,
barangsiapa yang mengintainya, niscaya ia menguasainya.”

2 Maksudnya

mencari-carinya (fitnah), niscaya ia menguasainya.
Dan sesuatu yang paling menggerakkan fitnah adalah banyak berbicara.
Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata dalam menjelaskan sebab-sebab
terjadinya fitnah yang sangat banyak, sesungguhnya ia bermula: 'dengan berkata
bohong di hadapan para pemimpin, memberikan informasi kepada mereka. Maka
seringkali hal itu memunculkan kemarahan dan pembunuhan, lebih banyak dari
pada terjadinya fitnah itu sendiri.

3 Dan sering sekali fitnah menjadi besar saat seseorang mengambil sikap
atas dasar kesalahpahaman. Dan yang lebih berbahaya lagi dalam menyulut api
fitnah adalah mendahulukan pendapat pribadi di atas hukum syara’.
Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari, bahwasanya Sahl bin Hanif berkata
saat terjadinya fitnah di antara para sahabat radhiyallahu ‘anhum: ‘Wahai
sekalian manusia, curigalah terhadap pendapat pribadimu di atas agamamu...”
4 Dan terkadang engkau berlari dari fitnah, maka para pelakunya menyusul
engkau, sedangkan engkau tidak ingin terlibat di dalamnya. Sebagaimana yang
diriwayatkan dari Abu ad-Darda` , ia berkata, ‘Jika engkau mengkritik mereka,
mereka mengkritik engkau. Jika engkau meninggalkan mereka, mereka tidak
meninggalkan engkau. Dan jika engkau berlari dari mereka, mereka pun
menyusul engkau...’

5 Dan terkadang penerimaan terhadap jabatan yang engkau tidak mampu
melaksanakannya menjadi sebab terjadinya fitnah terhadap dirimu dan siapapun
yang bersamamu. Karena alasan itulah, ‘Amr bin al-‘Ash merasa sangat
gelisah saat menjelang kematiannya, dan ia teringat kehidupannya bersama
Rasulullah , hingga ia berkata, ‘Jika aku meninggal dunia pada saat itu, orangorang berkata, ‘Selamat untuk ‘Amr, ia masuk Islam, lalu ia meninggal maka
diharapkan surga untuknya.’ Kemudian setelah itu, aku berkecimpung dengan
kekuasaan dan berbagai banyak urusan, maka aku tidak tahu, apakah
memudharatkan aku atau berguna untukku.’

6 Jika engkau menjadi panutan atau memegang jabatan, maka janganlah
engkau memberikan tugas kepada manusia yang mereka tidak mampu, maka
engkau membuat fitnah kepada mereka. Maka sesungguhnya Rasulullah ,
tatkala beliau mengetahui bahwa Mu’adz bin Jabal memanjangkan shalatnya
saat menjadi imam, beliau bersabda kepadanya sebanyak tiga kali:
"Wahai Mu’adz, apakah engkau ingin membuat fitnah?7
Dan dalam pidato Umar : ‘Perhatikanlah, janganlah kamu memukul kaum
muslimin, maka kamu menghinakan mereka. Janganlah kamu memperpanjang
(menugaskan mereka terlalu lama, hingga tidak berkumpul dengan keluarga
mereka), maka engkau membuat fitnah kepada mereka. Dan janganlah kamu
menghalangi hak mereka, maka kamu membuat kufur kepada mereka.’

8 Sesungguhnya banyak disibukkan dengan ucapan tanpa bekerja, akan
membawa kepada fitnah dan kekacauan. Syaikhul Islam berkata, ‘Apabila
manusia meninggalkan jihad fi sabilillah, maka Allah akan mencoba mereka
dengan mencampakkan permusuhan di antara mereka, hingga terjadi fitnah di
antara mereka, sebagaimana yang telah terjadi.’

9 Di antara pengaruh fitnah, sesungguhnya fitnah itu melupakan orangorang yang terjerumus di dalamnya tentang kebenaran yang mereka ketahui dan
batasan-batasan yang mereka tekuni. Dan sesungguhnya orang yang terjatuh
dalam fitnah menjadi ringan ketakwaannya dan tipis agamanya. Karena itulah
saat orang-orang dijauhkan dari telaga, Rasulullah mengira mereka termasuk
umatnya, dijawablah: 'Engkau tidak tahu, mereka telah berjalan mundur.' Yang
meriwayatkan hadits berkata (yaitu Ibnu Abi Mulaikah): 'Ya Allah, sesungguhnya
kami berlindung kepada-Mu bahwa kami kembali atas tumit kami (murtad) atau
kami mendapat fitnah."

10 Dan dalam hadits yang Hudzaifah bertanya tentang keburukan: Wahai
Rasulullah, ketenangan di atas asap, apakah maksudnya? Beliau menjawab:
Hati para kaum tersebut tidak kembali seperti semula.'

11 Yang mensyarahkan hadits tersebut berkata, 'Maksudnya, hati mereka tidak
bersih dari sifat dendam dan benci, sebagaimana bersih sebelum hal itu.'

12 Ketika engkau melihat seorang laki-laki yang berakal, tetapi akhirnya
engkau tidak tahu, kemana perginya akal sehatnya di saat terjadinya fitnah
(kekacauan). Ibnu Hajar rahimahullah mengutip hadits dari Ibnu Abi Syaibah
rahimahullah tentang fitnah: "Kemudian fitnah datang bergelombang seperti
gelombang laut, dan ia yang menjadikan manusia padanya seperti binatang.'
Maksudnya, tidak ada akal bagi mereka. Dan diperkuat hadits Abu Musa :
'Akal kebanyakan orang di masa itu telah hilang.'

13 Dan ketika Ibnu Hajar rahimahullah menjelas disunnahkan berlindung
dari segala fitnah, hingga kepada orang yang mengetahui bahwa ia berada di atas
kebenaran. Ia memberikan alasan atas hal itu dengan penjelasannya: 'Karena
sesungguhnya ia bisa membawa kepada terjatuhnya sesuatu yang ia tidak
menganggap terjatuhnya.'

14 Di antara pengaruh terjerumus dalam fitnah yang paling berbahaya adalah
tidak memperhatikan nasehat, bahkan sebagian manusia menganggap enteng
perbuatan maksiat. Abdullah bin Umar berkata: 'Di masa fitnah, kamu tidak
menganggap pembunuhan sebagai perbuatan dosa.'

15 Maka, apakah jalan
keselamatan dari segala fitnah?
Di antara hal yang dapat menyelamatkan dari fitnah adalah bahwa engkau
tidak menuntut hakmu dalam urusan dunia, sekalipun sabar dalam hal itu
terasa berat sekali. sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud:
'Sesungguhnya keberuntungan bagi orang yang menjauhi fitnah –(beliau
mengucapkannya) tiga kali-, dan bagi orang yang mendapat cobaan, maka ia
bersikap sabar, alangkah indahnya sabar terhadap bala.'

16 Dan barangsiapa yang dikelilingi fitnah dan tidak ada yang menyelamatkannya
dari fitnah itu, maka hendaklah ia berlari dengan membawa agamanya dari
segala fitnah dan memperbanyak ibadah, sebagaimana dalam hadits:
"Beribadah di saat fitnah adalah seperti berhijrah kepadaku."

17 Berbekal diri dengan amal shaleh sangat dianjurkan untuk menjaga diri dari
fitnah sebelum terjadinya. Nabi bersabda:
"Segeralah beramal shaleh (mendahului datangnya) segala fitnah."

18 Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan saat menjelaskan makna hadits
tersebut: 'Pengertian hadits tersebut adalah dorongan bersegera melaksanakan
amal ibadah sebelum uzur dan sebelum tidak bisa lagi melaksanakannya karena
terjadinya fitnah yang menyibukkan, datang silih berganti, lagi sangat banyak.

19 Dan barangsiapa yang bisa mengendalikan sebab-sebab fitnah, maka
hendaklah ia berlepas diri darinya, sebagaimana yang terdapat dalam hadits:
"Patahkanlah padanya yang keras darimu."

20 Sehingga Ka'ab bin Malik menyebutkan cerita tiga orang yang tertinggal (dari
perang Tabuk), bagaimana surat dari Raja Ghassan sampai kepadanya, yang
isinya: 'Telah sampai berita kepadaku bahwa temanmu (Nabi Muhammad )
telah menjauhimu, dan Allah tidak menjadikanmu di negeri kehinaan dan
kesempitan, maka datanglah kepada kami, niscaya kami akan membantumu.'
Ka'ab berkata: 'Tatkala aku membaca surat tersebut, aku berkata: ini juga
termasuk bala, lalu aku menuju tempat pembakaran roti, maka aku membakar
surat tersebut."

21 Berdoa agar selalu terjaga dari kejahatan segala fitnah merupakan salah
satu sebab keselamatan. Di dalam Musnad Ahmad:
"Dan apabila engkau menghendaki fitnah terhadap hamba-hamba-Mu, hendaklah
engkau mengambilku kepada-Mu, tanpa terlibat fitnah."

22 Dalam doa Umar : 'Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala
fitnah.'

23 Dan Anas berkata: 'Berlindung kepada Allah dari segala fitnah.'

24 Dan yang menyelamatkan engkau di sisi Allah bahwa engkau
mengingkarinya dan tidak ridha dengannya, serta jangan membantu atasnya.
Nabi bersabda:
"Hati apapun yang mengingkarinya, niscaya tertoreh padanya titik putih, sehingga
hati menjadi putih seperti batu yang licin, fitnah tidak membahayakannya selama
masih adanya langit dan bumi.'

25 Dan penyelamat yang paling penting adalah bahwa seseorang memahami
agamanya dan membedakan batas-batas syara' tanpa kerancuan. Ibnu Hajar
rahimahullah mengutip dari Ibnu Abi Syaibah rahimahullah sebuah hadits dari
Hudzaifah , ia berkata padanya: 'Fitnah tidak membahayakanmu selama
engkau mengenal agamamu. Sesungguhnya fitnah itu terjadi, apabila samar
atasmu di antara kebenaran dan kebatilan.'

26 Sekalipun disertai semua sebab keselamatan ini dan yang lainnya, hati
harus tetap bergantung kepada Allah . Dan benarlah: "Sesungguhnya
keberuntungan adalah bagi orang yang menjauhi fitnah." Maka menjauhi segala
fitnah adalah pemeliharan rabbani, lebih banyak daripada usaha manusia. Maka
ambillah segala sebab dan memintalah pertolongan kepada Allah .

Kesimpulan:
Di antara penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah:
- Kesiapan hati menerimanya.
- Tenggelam dengan obrolan dan keyakinan ilusi.
- Mendahulukan pendapat pribadi di atas hukum syara'.
- Menerima jabatan yang tidak mampu dilaksanakan.
- Sibuk berbicara, tanpa bekerja.
Di antara dampak fitnah:
- Membuat manusia lupa terhadap kebenaran yang sebenarnya.
- Menipiskan agama.
- Menghilangkan akal.
- Tidak mendengarkan nasehat.
Di antara penyelamat dari segala fitnah:
- Tidak menuntut hakmu dalam urusan dunia.
- Paham terhadap agama.
- Berlepas diri dari sarana-sarana fitnah dan sebab-sebabnya.
- Tidak memegang jabatan dalam fitnah.
- Berdoa agar terjaga dari kejahatannya.
- Hati mengingari fitnah tersebut.
- Berbekal diri dengan amal shalih.
Menjauhi fitnah adalah pemeliharaan rabbani, melebihi kondisinya sebagai
usaha manusia.

[ Indonesia – Indonesian – ]
Mahmud Muhammad Al Khazandar
Terjemah : Muhammad Iqbal Ahmad Ghazali. MA
Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad
2009 - 14302
1
Shahih Muslim, kitab Iman, bab ke65, hadits no. 231, dan lafazhnya diriwayatkan oleh Imam Ahmad 5/386.
2
Shahih al-Bukhari, kitab fitnah-fitnah, bab ke-9, hadits no.7081.
3
‘Aunul Ma’bud, 11/347.
4
Shahih al-Bukhari, kitab al-I’tisham, bab ke-7, hadits no.7308, mauquf kepada Sahl bin Hanif rad.4
5
Kanzul Ummal, hadits no. 30989, dan ia berkata, ‘Diriwayatkan oleh al-Khathib dan Ibnu ‘Asakir, al-Khathib
menshahihkan mauqufnya.
6
Musnad Ahmad 4/199
7
Shahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab ke-74, hadits no. 6106.
8
Musnad Ahmad 1/41, Syaikh Ahmad Syakir berkata: Isnadnya hasan (286).5
9
Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 15/44.
10
Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, bab ke-1, hadits no. 7048.
11
Shahih Sunan Abu Daud, Syaikh al-Albani, no. 3571.
12
'Aunul Ma'bud 11/317, saat mensyarahkan hadits no.4227.
13
Fath al-Bari 13/49, kitab al-Fitan, bab ke-17.
14
Fath al-Bari, 13/52, saat mensyarahkan hadits no. 7098.6
15
Musnad Ahmad 2/3, mauquf kepada Abdullah bin Umar .
16
Shahih Sunan Abu Daud, Syaikh al-Albani, hadits no. 3585.
17
Musnad Ahmad 5/27, dan dalam Shahih al-Jami' no. 4119 dengan lafazh 'Beribadah dalam peperangan'. (Shahih).
18
Shahih Muslim, kitab al-Iman, bab ke-51, hadits no. 186.
19
Syarah Shahih Muslim, Imam an-Nawawi, 1/492.
20
Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani, hadits no. 1795/2314 (Shahih).7
21
Shahih al-Bukhari, kitab al- Fitan, bab ke-17, hadits no. 7098.
22
Shahih al-Bukhari, kitab al-Fitan, bab ke-15, hadits no. 7089.
23
Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, bab ke-15, hadits no. 7090.
24
Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, bab ke-15, hadits no. 7090.
25
Shahih al-Jami' no. 2960 dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim.
26
Fath al-Bari, 13/49, kitab al-Fitan, syarah hadits 17.8

Monday, March 28, 2011

Waktu Solat Isyak

Tuesday, October 28, 2008

Soalan; USTAZ, SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH SEBENARNYA HABIS WAKTU SOLAT ISYAK? KATAKAN SAYA DENGAN SENGAJA ATAU TAK SENGAJA BANGUN SEBELUM JAM 5 PAGI ATAU PUN SEBELUM MASUK WAKTU SUBOH DAN MENGERJAKAN SOLAT ISYAK, ADAKAH SAH SOLAT SAYA TERSEBUT? HARAP DAPAT USTAZ BERIKAN PENJELASAN DENGAN DISERTAKAN DENGAN HADIS-HADIS YANG BERKAITAN DENGAN PERSOALAN INI.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN YANG AKAN USTAZ BERIKAN.

Jawapan;

Masuk waktu isyak ialah dengan hilangnya mega merah di ufuk barat (yang menandakan tamatnya waktu solat maghrib). Berakhirnya pula ada dua pandangan di kalangan ulamak;

Pertama; sebelum berakhir sepertiga malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafi’e dan Imam Ahmad dan segologan ulamak yang lain.

Kedua; sebelum berakhir separuh malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah.

Pandangan pertama berdalilkan hadis dari Buraidah r.a. yang menceritakan penjelasan amali (praktikal) Rasulullah s.a.w. tentang waktu solat. Mengenai solat Isyak, Buraidah r.a. menceritakan; “Pada malam pertama Rasulullah s.a.w. melakukan solat Isyak ketika hilang mega merah di ufuk Barat. Di malam kedua pula baginda melakukannya tatkala malam telah berlalu sepertiganya…Kemudian, baginda menjelaskan; “Waktu solat ialah antara dua waktu tersebut”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis ini hasan gharib soheh). Pandangan kedua pula berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275).

Waktu yang dimaksudkan di atas ialah waktu ikhtiyar (waktu pilihan), iaitu waktu diberi keluasan/kelapangan kepada kita untuk memilih pada ketika mana kita ingin mengerjakan solat dalam jarak waktu tersebut walaupun yang afdhalnya ialah kita melakukannya di awal waktu.

Selepas waktu ikhtiyar tersebut, para ulamak berikhtilaf;

Menurut mazhab Hanbali dan Maliki; selepas waktu ikhtiyar itu ialah waktu darurat yang bermula dari sepertiga atau seperdua malam hinggalan terbitnya fajar (masuk waktu subuh). Maksud waktu darurat ialah harus melakukan solat Isyak pada waktu tersebut (tanpa berdosa) bagi orang yang ada keuzuran. Solat Isyak yang ditunaikan dalam waktu darurat itu masih dianggap tunai (bukan qadha), cuma jika dengan keuzuran tidaklah berdosa dan sekiranya tanpa keuzuran akan berdosalah. Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki; tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran. Di antara bentuk keuzuran ialah;
1. Wanita haid; selepas sepertiga/separuh malam barulah darah haidnya kering.
2. Orang kafir yang baru masuk Islam ketika itu
3. Kanak-kanak yang baru baligh ketika itu
4. Orang gila yang baru sedar dari gilanya ketika itu
5. Tertidur; selepas sepertiga atau separuh malam baru terjaga.
6. Sakit; sembuh selepas waktu tersebut.

Adapun menurut mazhab Syafi’ie; selepas waktu ihktiyar itu ialah waktu jawaz (waktu harus), yakni waktu harus untuk melakukan solat walaupun tidak sebaik waktu ikhtiyar tadi. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; waktu ikhtiyar tadi bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak (atau secara keseluruhan) tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya (yakni waktu jawaz). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (yakni masuk waktu subuh). Mazhab Syafi’ie ini berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain” (Riwayat Imam Muslim).

Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa waktu solat tidak tamat selagi belum masuk waktu solat yang lain. Maka dinisbah kepada Isyak, waktunya berterusan selagi belum tiba waktu subuh. Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;

Pertama; waktu terbaik, iaitu di awal waktu.
Kedua; waktu ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.
Ketiga; waktu jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (yakni sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).
Keempat; waktu hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah 1/273-278.
2. Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 1/8-12.
3. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syurbini, 1/173.
4. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abdur-Rahman al-Jazairi, 1/168.
5. al-Wajiz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 66.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 100.
7. al-Kifayah Li Zawil-Inayah, Syeikh Abdul-Basit al-Fakhuri, hlm. 56.

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)