Friday, January 30, 2009
Thursday, January 22, 2009
PRO M UM MAHU MENGISI RUANG DAN PELUANG

Sekian lama perjuangan ini telah diteruskan oleh para aktivis PRO M ATAU GERAKAN yang dahulu tapi ALlah telah hadiahkan kepada PRO M kali dalam keadaan yang sempit dan singkat tempoh pemerintahnnya kemenangan yang nyata lagi benar.MAHASISWA mahukan perubahan. Tapi inilah yang dikatakan ujian Allah kepada pejuang agamanya. Di sini ingin saya nyatakan kepada pembaca bahawa kami PRO M bukanlah satu gerakan semata-mata islam tapi kami merupakan sebuah keluarga yang wujud dalamnya pelbagai kaum dan umur. Melalui jalan kerjasamalah yang dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik PRO M ini.
Jika dilihat dalam sudut perjuangan inilah yang dukatakan TAHALLUF SIASI agar kebenaran menjadi AGENDA dan PERJUANGAN.
"Kemenangan mudah didapati, pengekalan susah ditempuhi"
Melalui kata-kata inilah yang menjadi titik tolak perjuangn kami bahawa kami bukan sekadar benar bahkan menjadi tauladan dan ikutan buat semua.
KABINET bakal ditubuhkan PRO M bukan lagi semata-mata atas kertas dan poster tetapi sudah mula menjadi panduan dan jalan kepada MAHASISWA UM untuk terus bersama-sama meningkatkan nama UNIVERSITI MALAYA sebagai UNIVERSITI PERDANA atau MINI MALAYSIA.
Masa dan Wadah Pelbagai
Salam Perejuangan dan Perubahan Buat sahabat Sekalian,
Kita sudah mula masuk ke fasa mencari ilmu untuk menewskan musuh LAKNATULLAH, memang tidak dapat dinafikan bahawa perjuangan jihad itu penting tapi kita tidak boleh berjuang tanpa ada ilmu cukup didada takut-takut perjuangn kita hanyalah semata-mata dorogan nafsu dan ketidak puasan. Realiti sudah menunjukkan bahawa pejuang agama Allah adalah mereka yang dapat menzahirkan dirinya melalui ilmu yang ada pada jiwa dan raga mereka.
Saya selaku hamba yang benar-benar mahu memperjuangkan agama Allah amat kecewa jika kita mengatakan bahawa perjuangan inilah yang menyebabkan kita tidak dapat meningkatkan kepandaian kita sama ada dalam kuliah mahupun luar kuliah. Bagi saya melalui perjuangn inilah kita dapat mengajar diri kita bahawa dimedan lah yang dapat membentuk pemahaman yang ada dalam diri kita sekaligus akan terus menambahnya kerana merasai kedil kerana mahu digelar pejuang agama tetapi tidak cuba mendekati Allah melalui hasil karya tulisan.
Sahabat - sahabat dan teman-teman sekalian ini saya ungkapkan sebenarnya inilah peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kita yang dipilih olehNya untuk memperjuangkan AGAMA ALLAH secara seluruh jiwa dan raga.
Saya katakan ia sebagai RUANG dalah kerenadisinilah kita dapat memanfaatkan masa kita untuk di isi dengan gerak kerja islam,manakala yang dimaksudkan dengan peluang adalah masuk syurga.Kita kena ingat bahawa kita akan mati tapi kita tidak tahu bila kita kan mati,begitu juga kita tahu kita akan mati tapi kita tidak tahu dimana kita akan mati justeru itu inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk terus berjuang dijalan sekali gus mati di dalam perjalanan ini. INSYALLAH

Wednesday, November 19, 2008
Mantan NC UM Benar Atau Siapa Yang benar???
Kontrak Rafiah: Bukan diskriminasi gender
Oleh ZULKIFLI JALIL
AGAK gamat seketika apabila bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya diskriminasi gender oleh kerajaan terhadap ahli akademik tempatan yang kononnya menjadi penyebab perkhidmatan beliau tidak disambung lagi.
Dalam satu temu bual dengan satu laman portal, Rafiah benar-benar menyuarakan kemarahannya dengan ungkapan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dihormati sepertinya: ''Hanya kerana kami wanita dan tidak ada 'benda' itu, maka kita tidak bagus."
Benarkah dakwaan Rafiah itu atau beliau ketika ini diamuk emosi?
Malah, perkara yang tidak enak didengar ialah apabila Rafiah dikatakan cuba menggunakan pengaruh istana untuk membolehkan perkhidmatan kontraknya dilanjutkan.
Utusan Malaysia difahamkan, menteri berkenaan dipanggil oleh pihak istana pada 24 Oktober lalu tetapi setelah diperjelaskan bahawa urusan perkhidmatan Rafiah di luar bidang kuasa beliau, sebaliknya diputuskan oleh Jawatankuasa Pelantikan Naib-Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), barulah istana berpuas hati.
Banyak benda yang tidak diperjelaskan oleh Rafiah kepada laman portal berkenaan sehingga timbul salah faham ahli akademik dan orang ramai terhadap kerajaan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.
Sumber-sumber Universiti Malaya memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa kontrak Rafiah selama dua tahun bermula Mei 2006, sebenarnya tamat pada Mei lalu. Namun, beliau masih diberi peluang dengan perkhidmatan beliau disambung secara kontrak selama enam bulan lagi sehinggalah ditamatkan perkhidmatannya pada 7 November lalu. Malah, Rafiah sebenarnya ditemu duga sekali lagi bagi menentukan penyambungan perkhidmatan bersama empat calon yang lain.
''Malah, dari segi etika dan protokol, bolehkah seorang penjawat awam mempertikaikan soal kontraknya. Dia bukan dipecat tetapi kerana sudah habis kontrak. Dalam hal ini, tidak pernah pun kerajaan memberi sebab kepada kakitangan kontraknya yang telah tamat kontrak," kata sumber itu.
Rafiah turut mendakwa berlaku lagi diskriminasi gender apabila kononnya 'mendapat tahu baru-baru ini' bahawa Naib Canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun sedangkan Naib Canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.
Memang mulai Ogos 2007, pelantikan Naib Canselor yang baru adalah selama tiga tahun dan ditambah setahun lagi bergantung kepada prestasi dan Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.
''Tapi dakwaan Rafiah ini tidak berasas langsung, kalau tidak masakan tempoh pelantikan Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama tiga tahun.
''Sebenarnya tidak timbul soal gender dalam pelantikan beliau. Malah, Rafiah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor di Malaysia. Lagi pun, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin turut disambung kontrak dua tahun lagi baru-baru ini sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," kata sumber itu lagi.
Realitinya, jawatan Naib Canselor merupakan jawatan terbuka dan hanya calon yang benar-benar layak akan ditapis dan dilantik untuk menjalankan tugas sepenting itu. Dalam konteks ini, Kementerian Pengajian Tinggi memberi peluang seluas-luasnya kepada wanita dengan melantik kalangan golongan itu tiga orang Naib Canselor dan enam orang Timbalan Naib Canselor di IPTA seluruh negara.
Yang jelas, Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan memberi peluang yang memuaskan kepada wanita sebagai pemimpin utama Pusat Pengajian Tinggi di Asia.
Kalau dibandingkan amalan di Jerman, Eropah dan United Kingdom, Malaysia meletakkan kedudukan yang lebih baik kepada pemimpin universiti wanita berdasarkan keupayaan, kepakaran dan mengetepikan soal gender.
Apa yang diamalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah menjayakan transformasi pengajian tinggi negara ke arah pembentukan modal insan kelas pertama demi membina negara yang terbilang.

Thursday, November 13, 2008
Boleh harapkah OBAMA?
Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama?
Khamis, 06 November 2008 20:10
WASHINGTON 5 Nov. – Sejarah Amerika tercipta hari ini apabila Barack Obama, memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki rumah berpuaka White House.
Bukan sahaja di Amerika, malah seluruh dunia, termasuk dunia Islam nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul. Mungkin juga kerana kebencian ramai orang kepada Bush dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya, ini menyebabkan masyarakat dunia, termasuk umat Islam menaruh harapan yang tinggi kepada bakal presiden Amerika yang ke-44 ini.
Kita perlu ingat bahawa Obama bukanlah berkeseorangan atau berdiri sendiri dan dia bukannya ‘superman’ yang boleh merubah dunia. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan orang-orang kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya. Justeru, kita perlu ingat bahawa Barack Obama hanyalah seorang ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar tersebut, yang mana berapa ramai di antaranya (golongan kuffar tersebut) yang bencikan agama Islam dan umat Islam.
Kita juga perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendokong dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Sebagai sebuah negara Kapitalis yang hidup atas dasar manfaat, Obama yang juga seorang yang berakidahkan Kapitalis tidak akan berkuasa untuk merubah keadaan ini, malah dia tentunya hanya akan menjadi penerus kepada Ideologi kufur ini. Kita semua tahu bahawa tabiat penganut Kapitalis yang hidup hanya untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia, mereka tidak akan berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam. Justeru, apakah kita mengharapkan bakal presiden Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia akan dapat menguasai semuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam kepada golongan kuffar penjajah selama ini.
Presiden Amerika, sebagaimana Perdana Menteri Malaysia juga, ia datang dan pergi. Namun sistemnya tetap sama selama mana ideologi yang dianutnya adalah sama. Sebagai Muslim, kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dengan warna kulit luarnya, tetapi kita mesti menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisannya dan perbuatnnya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa yang warga Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih. Namun, warna kulit hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa. Akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran.
Apa yang jelas setakat ini adalah, bakal Presiden kulit hitam ini telah pun mengisytiharkan ‘kesudiannya’ untuk memperluaskan perang di Afghanistan, yang bermaksud memerangi umat Islam, saudara kita yang berada di Afghanistan. Dia juga secara terang-terangan menyokong kekejaman pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dengan kata lain, segala malapetaka yang dibawa oleh pemimpin kuffar penganut Ideologi Kapitalis ke atas umat Islam sebelum ini nampaknya disokong dan bakal diteruskan oleh Obama.
Walaupun misi Obama ingin membawa keamanan kepada dunia, kita mesti ingat bahawa George W Bush laknatullah dulupun menyatakan perkara yang sama, sehinggalah ke saat-saat akhir kekuasaannya kini, Bush masih mengatakan bahawa dia ingin membawa keamanan kepada dunia. Dan kita semua jelas, bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang ingin menerapkan Islam yang dilabelnya sebagai teroris, barulah dunia akan mengecapi keamanan, inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bagaimana pula bagi Obama?
Memanglah tidak salah untuk kita meletakkan harapan kepada bakal ketua polis dunia ini, namun sebagai Muslim, apakah kita patut bergembira dengan kemenangan pengganti Bush ini? Apakah yang perlu kita gembirakan dengan kemenangan Obama ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya?
Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan berkat dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai.
Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya sistem Kapitalis. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum-hukam dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibaiatnya seorang Khalifah atas Kitabullah dan Sunah RasulNya.

Saturday, November 8, 2008
BTN Relevenkah LAGI
Sabtu 8 November 2008 | 9 Dzulka'edah 1429 Hijrah
BTN alat Umno untuk pertahankan kuasa
Suhaimi Taib
Fri | Nov 07, 08 | 10:39:21 am MYT
Dewan Rakyat semalam menyentuh soal perlunya Biro Tata Negara (BTN) dibedah dan dikaji semula kerana modul dan kurikulum yang digunapakai BTN selama ini diperalat oleh parti pemerintah untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.
BTN didakwa digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi.
Ada ahli parlimen pembangkang menjelaskan bahawa terdapat anak mereka balik ke rumah menangis mempercayai apa yang didakwa oleh penceramah dalam progran BTN mengenai dakyah itu.
Ahli-ahli parlimen pembangkang akan membuktikan fakta sekiranya kerajaan mencabar untuk membuktikan dakyah perkauman disebarkan pihak BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa dukacita dengan aktiviti BTN itu kerana membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut.
Antara propapaganda yang dijelaskan ialah orang Melayu tersisih daripada ekonomi, bangsa China dan India monopoli ekonomi negara.
Nama-nama pemimpin-pemimpin pembangkang disebut dan peserta BTN dihasut mengiayakan bahawa pemimpin terbabit sebagai pengkhianat negara.
Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan agar kurikulum dan modul BTN dikaji semula supaya ia bersesuaian dengan semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
Penulis melihat BTN memang diperalatkan oleh Umno sebagai teras politik kerajaan hari ini untuk meniupkan semangat perkauman Melayu secara tersembunyi agar orang Melayu tetap melihat Umno sebagai pejuang Melayu tulin bukan parti-parti lain.
Ahli-ahli parlimen pembangkang menegaskan tidak sepatutnya BTN diperalatkan begitu rupa untuk kepentingan Umno kerana peruntukan besar diberikan kepada biro tersebut iaitu lebih RM70 juta dalam bajet 2009 perlu dimanfaatkan untuk kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum bukan meniupkan sentimen perkauman sempit.
Jika BTN gagal berperanan untuk menjaga kedamaian hidup antara kaum, penulis mencadangkan ia dibubarkan sahaja supaya wang lebih RM70 juta itu dapat dimanfaatkan untuk program lain bagi kesejahteraan rakyat.
Dewan Rakyat hari ini juga menyentuh soal perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansukhkan dan digantikan dengan akta lain yang lebih bersifat menegakkan keadilan dengan memberi hak yang dituduh untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah terbuka negara.
Ini kerana setiap individu perlu diberi peluang untuk dibuktikan sama ada bersalah atau sebaliknya di mahkamah sehingga pesalah dibuktikan kesalahannya dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang bukan dikurung tanpa bicara di bawah akta zalim itu.
Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bersedia dan bersikap terbuka untuk berbincang dan mengemukakan cadangan alternatif kepada akta tersebut selagi kerajaan Pusat bersedia memansukhkan akta berkenaan.
Kesediaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu menampakkan keseriusan PAS untuk menyelesaiakan permasalahan keadilan di kalangan rakyat.
PAS tidak mahu melihat undang-undang tidak bertamaddun itu terus bertapak kemas dalam pentadbiran dan sistem undang-undang negara di zaman semua pihak menuntut perubahan berlaku di mana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri.
Akta ISA jelas bertentangan dengan roh undang-undang untuk perlihatkan keadilan itu dinikmati oleh semua lapisan mesyarakat.
Persoalannya ialah Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan ISA yang disifatkan kononyan sebagai satu akta yang boleh menjaga keselamatan negara daripada ancaman anasir yang tidak diingini.
Yang jelas pembangkang menyifatkan akta itu tidak berperikemanusiaan kerana pratikalnya ia anti perbicaraan dan boleh disalahgunakuasa oleh kementerian berkenaan bagi mempastikan Umno terus utuh walaupun umum melihat parti itu tidak 'gentleman' apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.
Setakat ini ahli parlimen kerajaan tidak akan bersedia untuk berdepan dengan keluarga mangsa ISA kerana mereka takut melihat kesengsaraan yang ditanggung akibat kejahatan akta terbabit.
Mereka juga sudah tentu takut dimarahi oleh keluarga mangsa kerana Umno menjadi punca kenapa ketua keluarga masing-masing ditahan di bawah ISA. - mns_

Friday, November 7, 2008
Naib Censelor Tamat Kontrak Esok
Dr. Gauth Naib Canselor UM baru
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok, tidak disambung.
Rafiah ketika dihubungi memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.
''Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambungkan.
''Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.
Pemilihan Rafiah ketika itu dianggap sebagai bersejarah memandangkan beliau merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini.
Sementara itu, Rafiah memberitahu, beliau akan diganti oleh Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ghuraba`
Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)
"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)
"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)