Para pembaca sekalian,
.... Permulaan bagi agama adalah mengenali Allah...
Bila perkara ini sudah kita fahami dan mendalami, maka...
" Masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya.."
Apabila adanya sesuatu itu, pasti ada benda yang perlu di lalui
Begitu jugalah apabila kita tahu adanya syurga dan neraka maka pasti ada ujian yang perlu kita lalui.Tidak akan ada pertandingan itu jika tidak ada peserta, begitu juga tidak akan adanya hadiah sesuatu pertandingan itu melainkan pertandingan itu benar-benar ada. Allah menjanjikan syurga buat orang yang beriman , begitu juga disediakan neraka untuk orang yang kufur.
Perhatikan lah disekeliling kita pada masa kini, ramai yang mahukan kemaarufan tetapi manakah amalan yang menunjukkan kita ini benci pada kemungkaran.
Sebab itulah Allah menyatakan dalam kalamNya yang indah itu ...
" Ajaklah kepada benda yang maaruf, dan bencilah/tentanglah kepada kemungkaran itu.."
Ramai yang merasakan bahawa diri ini telah sempurna tetapi hakikatnya masih jauh lagi,penulis takut kerana adanya perasaan takut menyebabkan kita ini tergolong dalam kelompok yang dinyatakan dalam AL QURAN :
" Wahai orang yang beriman kenapa kamu kata tetapi kamu tidak melakukannya.."
bila kita sedar , maka kita kena bangkit dan berusaha dalam amalan dan pekerjaan kita.
Bukanlah insan itu diciptakan di alam ini untuk suka-suka tetapi merupakan ujian dari Allah semata-mata :
"1. Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
3. Yang Telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka Lihatlah berulang-ulang, Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
(Surah Al Mulk).
Janganlah kita jadi seperti orang yang mengatakan bumi ini segala-galanya, tetapi anggaplah bumi/dunia tempat ujian semata-mata.
No comments:
Post a Comment