Islam merupakan agama yang senang dan tidak menyusahkan tetapi mengutamakan sesuatu yang utama dan menolak sesuatu yang haram walaupun ia sedap dipandang mata dan dirasai.
Dalam mengkaji tentang ilmu,kita merupakan penuntut dan pengkaji serta pengajar.Ilmu itu semuanya ada tempat dalam dunia ini tetapi tidak semua ilmu itu ada tempat di akhirat nanti.
Kita sering menyangkal para ilmuwan terhadap ilmu yang ada,tetapi kita sukar menerima kritikan jika ilmu yang kita ada itu ditolak dan dinafikan oleh orang yang lebih alim,mahir,dan cerdik dari kita.
Allah menjadikan sesuatu itu adalah untuk mencapai sesuatu dan bersebab.Jika kita bertanya kepada orang lain tentang Allah pasti ia menjawap :"fikirkan pada ciptaan-Nya,dan jangan fikir pada zat-Nya" Dan seringkali kali orang belum mendapat hidayah islam bertanya adakah Allah mampu menjadikan segala sesuatu itu. Pasti orang yang sudah mendapat hidayah islam menjawab : Ya Allah mampu tetapi seringkali kita terlupa bahawa ALLAH tidak akan menjadikan sesutu itu secara main-main.
Lahir ke bumi merupakan suatu yang amat sedih dan mengembirakan bagi setiap insan itu,namun dalam mencapai kedua-duanya kita perlu menilai dan memahami sesuatu itu berlandaskan AL QURAN dan AS SUNNAH kerana ia sumber utama dalam kehidupan.
Semoga ALLAH mengajar kita,dan memberikan petunjuknya selagi mana kita mengenal ALLAH.
No comments:
Post a Comment