Monday, November 9, 2009

Generasi Al Quran sudah hilang dari pandangan

Sekian lama perkara ini disebut semenjak kewafatan NABI S.A.W , bermula dengan pengumpulan al quran yang direncanakan oleh Saidina Umar Al Khatab semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar As Siddiq sehingga bermulalah pengumpulan Al quran dalam satu mashaf yang di sebut mashaf uthmani.
Sekarang, dimana letaknay al quran dalam kehidupan dan pengalaman yang kita alami.Penulis sangat kecewa dan merudum perasaan hati yang begitu tegar dengan Al Quran Dan As Sunnah apabila terdapatnya mereka yang bergelar "PENGHUKUM AGAMA" telah menggunakan agama atas dasar dunia sehingga sanggup melepaskan balasan yang pasti akan berlaku pada akhirat kelak.
Kenapa makin ramai yang menyindir "PEMEGANG IJAZAH AGAMAWAN" ???
Bukan sekadar menyindir dengan kata-kata fitnah dan meragukan bahkan meletakkan "AGAMAWAN" ini dibelakang sekali.
Jelaskah di mata masyarakat seorang yang belajar agama lebih tinggi darjahnya dari orang awam jika ia mengamalkan tetapi akan menjadi lebih hina dan jelik jika ia meninggalkan suruhannya. DI MANA LETAKNYA HARGA DIRI AGAMA DALAM DIRI KITA???
Penulis baru sahaja berkahwin,namun penulis merasakan bahawa inilah detik yang paling mencabar dalam hidup ini kerana telah terpikul di bahu sendiri seorang hamba ALLAH untuk dibawa ke jalan YANG DIREDHAI ALLAH.
Disinilah penulis merasakan bahawa kita merancang tetapi ALLAH sebaik-baik perancang.Penulis mahu hidup dengan seadanya tetapi ALLAH sentiasa berikan yang lebih,penulis sentiasa berdoa untuk makan dengan sekadarnya tetapi ALLAH berikan yang lebih dan penulis sentiasa meminta untuk lepas tetapi Allah datangkan ZAUJAH untuk "MENJAGA".
Semua ini telah bermula,sebagai seorang bakal pemegang sijil agamawan penulis merasakan HINANYA hidup penulis ini jika kita sekadar hidup untuk sendiri dengan melupakan orang lain.
Semakin ramai yang mahukan didikan agama,tetapi dimanakah PEMEGANG IJAZAH AGAMA.??? jika kita berjaya berikanlah peluang yang lain pada yang susah dan jika kita susah, berusahalah mencari kerja sehingga dapat membantu membangunkan ISLAM.

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)