Wednesday, November 19, 2008

Mantan NC UM Benar Atau Siapa Yang benar???

Kontrak Rafiah: Bukan diskriminasi gender

Oleh ZULKIFLI JALIL

AGAK gamat seketika apabila bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya diskriminasi gender oleh kerajaan terhadap ahli akademik tempatan yang kononnya menjadi penyebab perkhidmatan beliau tidak disambung lagi.

Dalam satu temu bual dengan satu laman portal, Rafiah benar-benar menyuarakan kemarahannya dengan ungkapan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dihormati sepertinya: ''Hanya kerana kami wanita dan tidak ada 'benda' itu, maka kita tidak bagus."

Benarkah dakwaan Rafiah itu atau beliau ketika ini diamuk emosi?

Malah, perkara yang tidak enak didengar ialah apabila Rafiah dikatakan cuba menggunakan pengaruh istana untuk membolehkan perkhidmatan kontraknya dilanjutkan.

Utusan Malaysia difahamkan, menteri berkenaan dipanggil oleh pihak istana pada 24 Oktober lalu tetapi setelah diperjelaskan bahawa urusan perkhidmatan Rafiah di luar bidang kuasa beliau, sebaliknya diputuskan oleh Jawatankuasa Pelantikan Naib-Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), barulah istana berpuas hati.

Banyak benda yang tidak diperjelaskan oleh Rafiah kepada laman portal berkenaan sehingga timbul salah faham ahli akademik dan orang ramai terhadap kerajaan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.

Sumber-sumber Universiti Malaya memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa kontrak Rafiah selama dua tahun bermula Mei 2006, sebenarnya tamat pada Mei lalu. Namun, beliau masih diberi peluang dengan perkhidmatan beliau disambung secara kontrak selama enam bulan lagi sehinggalah ditamatkan perkhidmatannya pada 7 November lalu. Malah, Rafiah sebenarnya ditemu duga sekali lagi bagi menentukan penyambungan perkhidmatan bersama empat calon yang lain.

''Malah, dari segi etika dan protokol, bolehkah seorang penjawat awam mempertikaikan soal kontraknya. Dia bukan dipecat tetapi kerana sudah habis kontrak. Dalam hal ini, tidak pernah pun kerajaan memberi sebab kepada kakitangan kontraknya yang telah tamat kontrak," kata sumber itu.

Rafiah turut mendakwa berlaku lagi diskriminasi gender apabila kononnya 'mendapat tahu baru-baru ini' bahawa Naib Canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun sedangkan Naib Canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.

Memang mulai Ogos 2007, pelantikan Naib Canselor yang baru adalah selama tiga tahun dan ditambah setahun lagi bergantung kepada prestasi dan Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.

''Tapi dakwaan Rafiah ini tidak berasas langsung, kalau tidak masakan tempoh pelantikan Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama tiga tahun.

''Sebenarnya tidak timbul soal gender dalam pelantikan beliau. Malah, Rafiah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor di Malaysia. Lagi pun, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin turut disambung kontrak dua tahun lagi baru-baru ini sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," kata sumber itu lagi.

Realitinya, jawatan Naib Canselor merupakan jawatan terbuka dan hanya calon yang benar-benar layak akan ditapis dan dilantik untuk menjalankan tugas sepenting itu. Dalam konteks ini, Kementerian Pengajian Tinggi memberi peluang seluas-luasnya kepada wanita dengan melantik kalangan golongan itu tiga orang Naib Canselor dan enam orang Timbalan Naib Canselor di IPTA seluruh negara.

Yang jelas, Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan memberi peluang yang memuaskan kepada wanita sebagai pemimpin utama Pusat Pengajian Tinggi di Asia.

Kalau dibandingkan amalan di Jerman, Eropah dan United Kingdom, Malaysia meletakkan kedudukan yang lebih baik kepada pemimpin universiti wanita berdasarkan keupayaan, kepakaran dan mengetepikan soal gender.

Apa yang diamalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah menjayakan transformasi pengajian tinggi negara ke arah pembentukan modal insan kelas pertama demi membina negara yang terbilang.

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)