Friday, May 22, 2009

Apabila HARTA menjadi punca untuk BERKUASA






Walaupun pada pilihanraya umum yang lalu telah menunjukkan perubahan yang ketara sekarang ini kita lihat pula bagaimana perubahan yang akan terus berlaku.Ramai orang yang mengatakan bahawa MALAYSIA ini dunia POLITIK lebih dari dunia yang lain.Sehinggakan semua yang terlibat dengan politik terpaksa menjual harga diri semata-mata untuk menaikkan ,dan meniggkatkan nama baik sendiri. Dimana letaknya kehandalan agama dalam diri jika benar orang melayu itu islam, atau islam itu atas nama bukan atas aqidah.
Bila ditanya tentang perjuangan sibuk sahaja mengatakan ISLAM IS ONE tetapi apabila sudah menang HARTA IS ONE.Apa semua ini wahai pejuang agama ALLAH (PEMBERONTAK DI JALAN ALLAH).Gagal ataupun menang bukanlahj ukuran PERJUANGAN kita,Tetapi menang itu jugalah menang dan kalah itu juga adalah menang kerana kita sudah berjaya untuk mengenali ALLAH bukan untuk mengenali DUNIA.
Cantik kita adalah kerana cantik dengan ALLAH,Maka sempurnanya hubungan Kita apabila sempurna Hubungan dengan ALLAH. Perjuangan dijalan ALLAH bukan bermakna kita susah tetapi perjuangan diJALAN ALLAH ini bermakna kita sudah ada cabang untuk ke SYURGA nanti. Mudah-mudah perebutan kuasa ini adalah untuk merebut islam,supaya orang yang gila tidak lagi berkuasa.

Monday, May 18, 2009

Bila Musuh Menjadi Boneka Dalam Gerakan




UMNO (DULU)      ATAU

PAS (SEKARANG)


Kerana sudah tiada pergelutan yang hebat kerana banyak kemenangan maka bermulalah boneka musuh masuk dalam sanubari,sudah lama penulis memikirkan perkara ini terutamanya apabila sudah ada jawatan yang mahu direbut sesama rakan seperjuangan sendiri... Seperti hadis nabi yang bermaksud :
" jangan meminta dalam jawatan, maka jika apabila diberi tanpa meminta maka pertolongan untuknya,maka jika jawatan itu diminta maka celakalah bagi mereka.."
Dulu kita mengatakan UMNO begitu, tetapi kini kita pula cuba mengekori perkara keji yang dilakukan oleh pihak UMNO itu sendiri. Malulah,malulah pada ALLAH jangan malu pada pihak lawan kerana mereka hanya mampu memburukkan , dan mempermainkan isu ini. TETAPI jika ALLAH yang membalasnya pasti PAS sudah tidak muncal lagi di mata masyarakat kini.
INSAFLAH wahai pejuang jalan kebenaran, jika kita bebenar di atas jalan kebenaran.
Tiada bezanya antara berjawatan dan tidak berjawatan tetapi hanya ketakwaan yang membentuk diri kita agar bertemu dengan ALLAH ke jalan yang benar.
Dalam hadis yang bermaksud : 
" jika salah memberi kuasa pada bukan orangnya, maka tunggulah masanya"
Dalam perjuangan memang perlu kepada seorang ketua, namun dalam memegang jawatan ini tidak perlulah adanya taktik kotor yang hendak digunakan kerana kita ini hanya manusia biasa kita tidak mampu menilai diri kita, hanya Allah yang menjadi saksi atas segalanya tetapi manusia lain yang menjadi cermin ke atas kelebihan yang ada pada diri kita.

Friday, May 8, 2009

Bila Sudah Tidak Kenal

Kita sering mendengar kita ini faham, tetapi manakah arahnya kefahaman itu....
Para pembaca sekalian,
.... Permulaan bagi agama adalah mengenali Allah...
Bila perkara ini sudah kita fahami dan mendalami, maka...
" Masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya.."
Apabila adanya sesuatu itu, pasti ada benda yang perlu di lalui
Begitu jugalah apabila kita tahu adanya syurga dan neraka maka pasti ada ujian yang perlu kita lalui.Tidak akan ada pertandingan itu jika tidak ada peserta, begitu juga tidak akan adanya hadiah sesuatu pertandingan itu melainkan pertandingan itu benar-benar ada. Allah menjanjikan syurga buat orang yang beriman , begitu juga disediakan neraka untuk orang yang kufur.
Perhatikan lah disekeliling kita pada masa kini, ramai yang mahukan kemaarufan tetapi manakah amalan yang menunjukkan kita ini benci pada kemungkaran.
Sebab itulah Allah menyatakan dalam kalamNya yang indah itu ...
" Ajaklah kepada benda yang maaruf, dan bencilah/tentanglah kepada kemungkaran itu.."
Ramai yang merasakan bahawa diri ini telah sempurna tetapi hakikatnya masih jauh lagi,penulis takut kerana adanya perasaan takut menyebabkan kita ini tergolong dalam kelompok yang dinyatakan dalam AL QURAN :
" Wahai orang yang beriman kenapa kamu kata tetapi kamu tidak melakukannya.."
bila kita sedar , maka kita kena bangkit dan berusaha dalam amalan dan pekerjaan kita.
Bukanlah insan itu diciptakan di alam ini untuk suka-suka tetapi merupakan ujian dari Allah semata-mata :
"1. Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

2.  Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

3.  Yang Telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka Lihatlah berulang-ulang, Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

(Surah Al Mulk).

Janganlah kita jadi seperti orang yang mengatakan bumi ini segala-galanya, tetapi anggaplah bumi/dunia tempat ujian semata-mata.


Tuesday, May 5, 2009

Taatilah Pemimpin antara kamu

Dan Taatilah Pemimpin Dari Kalangan Kamu..
Ditulis oleh Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid
Surah al-Nisa’ ayat 59 mengingatkan :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.

Ada dua perkara yang sangat penting dari ayat di atas iaitu tuntutan membangunkan sebuah kerajaan yang adil dan amanah. Ibn Kathir, seorang ulama tafsir yang muktabar menyatakan ayat ini diturunkan kepada para pemimpin yang berkuasa (pada mana-mana pringkat sekalipun) agar mereka menunaikan kewajiban dengan adil dan amanah.

Hadis nabi pula menyokong ayat di atas dengan maksud; “Sesungguhnya Allah akan bersama pemimpin selagi mereka tidak zalim. Apabila dia zalim, Allah akan menyerahkan segala urusan kepadadirinya sendiri”. Kata-kata ulama pula menyebut: “Sehari pemerintahan yang adil menyamai ibadat 40 tahun”.

Al-Alusi seorang lagi ahli tafsir muktabar menerangkan tentang amanah, iaitu amanah yang merangkumi hak terhadap Allah dan hak terhadap sesama makhluk. Manakala Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Al-Barra’, Ibn ‘Azib dan majoriti ulama menyatakan berdasarkan ayat-ayat ini, para pemimpin wajib melaksanakan kewajipan agama dan syariat. Ingatan Rasulullah s.a.w. “bahawa tidak ada iman bagi mereka yang tidak amanah” menyangkuti persoalan amanah agama, amanah dalam urusan harian, memberi nasihat kepada kerajaan dan nasihat kerajaan kepada rakyat

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)