Monday, May 18, 2009

Bila Musuh Menjadi Boneka Dalam Gerakan




UMNO (DULU)      ATAU

PAS (SEKARANG)


Kerana sudah tiada pergelutan yang hebat kerana banyak kemenangan maka bermulalah boneka musuh masuk dalam sanubari,sudah lama penulis memikirkan perkara ini terutamanya apabila sudah ada jawatan yang mahu direbut sesama rakan seperjuangan sendiri... Seperti hadis nabi yang bermaksud :
" jangan meminta dalam jawatan, maka jika apabila diberi tanpa meminta maka pertolongan untuknya,maka jika jawatan itu diminta maka celakalah bagi mereka.."
Dulu kita mengatakan UMNO begitu, tetapi kini kita pula cuba mengekori perkara keji yang dilakukan oleh pihak UMNO itu sendiri. Malulah,malulah pada ALLAH jangan malu pada pihak lawan kerana mereka hanya mampu memburukkan , dan mempermainkan isu ini. TETAPI jika ALLAH yang membalasnya pasti PAS sudah tidak muncal lagi di mata masyarakat kini.
INSAFLAH wahai pejuang jalan kebenaran, jika kita bebenar di atas jalan kebenaran.
Tiada bezanya antara berjawatan dan tidak berjawatan tetapi hanya ketakwaan yang membentuk diri kita agar bertemu dengan ALLAH ke jalan yang benar.
Dalam hadis yang bermaksud : 
" jika salah memberi kuasa pada bukan orangnya, maka tunggulah masanya"
Dalam perjuangan memang perlu kepada seorang ketua, namun dalam memegang jawatan ini tidak perlulah adanya taktik kotor yang hendak digunakan kerana kita ini hanya manusia biasa kita tidak mampu menilai diri kita, hanya Allah yang menjadi saksi atas segalanya tetapi manusia lain yang menjadi cermin ke atas kelebihan yang ada pada diri kita.

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)