Monday, May 17, 2010

Dedikasi HATI NURANI

Semakin banyak perkara yang aku lakukan tetapi aku masih tidak mencapai tahap yang paling aku idamkan. Pelbagai cabaran telah aku lepasi tetapi pelbagai benda jua aku terpaksa melepaskan.Menjadi suami bukanlah sesuatu yang mudah dalam mencari ketenangan kerana dengan berkeluarga pasti satu benda akan menjadi sepuluh benda.Namun inilah jalan kehidupan kita,bukan mudah untuk mencapai kejayaan yang kita mahukan melainkan dilatih diasak dan dikerah sehingga berjaya. Terima kasih kepada sahabat ku yang dahulu sentiasa duduk semeja membincangkan hal-hal manusia hal hal semasa dan segalanya.namun itu semua sudah semakin jauh dari hidup ku kerana aku sudah bergelar suami kepada manusia.
Sahabat-sahabat ku sekalian,
Terima kasih atas kalian kerana pernah bersama aku sewaktu susah dan senang sewaktu lapang dan sempit dan diwaktu dahaga dan kelaparan, kesemua itu menjadi pelajaran dan latihan kepada diriku untuk membentuk manusia dihadapan mata dan penglihatan ku sekarang.
Jika dahulu aku sentiasa gelisah bila diasak namun kini aku menjadi sunyi bila sendiri kerana aku sudah hilang rasa nikmat berdikari dalam diri.Sehari demi hari aku menempuh alam perkahwin ini semakin aku gembira tetapi membuatkan ramai yang terluka.Mungkin kerana aku semakin menatapak menjadi dewasa bersama masyarakat diluar tetapi meninggalkan sahabat-sahabat dalam kerja di dalam kolej dan universiti.Hilang seorang bertambah sepuluh hilang harapan diberikan suapan HILANG izzah hilanglah penghayatan.

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)