Saturday, August 21, 2010

RAMADHAN PERGI DAN TIDAK KEMBALI..

Duhai ramadhan mengapalah ia pergi begitu pantas, bagaikan sedar mahupun tidak sedar bahawa hari ini sudah mencapai hari yang ke 11 ramadhan, aku masih tidak merasakan keseronokkan sebenar ramadhan mungkin kerana aku baru sahaja duduk di dalam ramadhan secara berumah tangga. Ya Allah bantulah hamba mu ini,
Semalam aku ada termimpi suatu yang menakutkan sehinggakan aku rasa seperti aku sudah tiada dalam kehidupan ini tetapi akhirnya terjaga juga dan aku sedar bahawasanya aku sedang dalam kealpaan dan kekurangan terhadap Allah.
Ramai orang yang aku lihat dia hidup tenang tetapi aku tidak ramai melihat orang yang hidup bahagia walaupun dia hidup dalam tenang.Ramai juga yang menyangka bahawasnyaduit itu dapat menenangkan kerana duit itu dapat mencukupkan diri kita bagi mencapai kenikmatan tetapi bagi saya itu semua kesalah fahaman manusia dalam memahami dunia dengan duit.
Pernahkah kita fikir di manakah duit yang kita dapat dan bagaimanalah duit itu akan kita ambil bila kita sudah diberikan gaji, adakah kita pernah memikirkan bahawsanya setiap apa yang berlaku ada kaitannya dengan pencipta kita iaitu ALLAH.
Ramai orang yang menyangka bahawa duit yang mereka perolehi itu adalah hasil mereka bukan dengan ketentuan Allah,yakin dan percayalah bahawasanya ALLAH mampu merubah dari fakir menjadi kaya dan dari kaya menjadi fakir dengan kuasa-Nya.
Hari-hari kita bekerja dan tepat pada 27hb pasti kita akan dapat gaji tetapi pernahkah kita merasa cukup dengan apa yang diberikan.Ya ALLAH YANG MAHA KUASA aku berlindung dari engkau dari segala bentuk bala bencana dan kesusahan.

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)