Saturday, October 25, 2008

Situasi APIUM KINI

Kerana politik, pengambilan pelajar APIUM dikurangkan?


Intan Abdullah Wed Oct 15, 08 11:05:28 am MYT


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Ketika suasana kian hangat memperkatakan mengenai isu pilihan raya kampus (PRK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam, berita terbaru mengenai kampus adalah tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya mengurangkan pengambilan pelajar bagi kursus Pengajian Islam.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), merupakan salah satu daripada institusi pendidikan agama Islam yang terkemuka di negara ini. Saban tahun terdapat ratusan graduan yang lahir daripada APIUM dan menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelbagai permasalahan timbul akibat daripada tindakan pihak pentadbirannya. Bermula daripada isu kenaikkan yuran pengajian, isu pelajar sarjana muda pendidikan Islam kini muncul isu terbaru di mana terdapat perbincangan di kalangan pihak pentadbiran yang mahu mengurangkan pengambilan pelajar untuk memasuki APIUM.

Sebelum ini pengambilan untuk satu sesi adalah sekitar 150 orang bagi setiap bidang pengajian meliputi Bidang Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam dan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Namun begitu, cadangan yang terbaru dibuat adalah setiap bidang pengajian hanya mengambil sekitar 50 pelajar setiap sesi kemasukkan.

Pengurangan secara mendadak ini memberikan kesan yang cukup besar terhadap para pelajar khususnya yang mengambil bidang agama. Sekiranya perkara ini berlaku bermakna ruang untuk para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awam terutamanya di APIUM akan semakin berkurang. Ini akan menjejaskan para siswazah yang mempunyai kepakaran agama untuk berkhidmat di dalam masyarakat.

Selain itu juga, dipercayai pengurangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor politik.
Hal demikian kerana, pelajar-pelajar lulusan agama seringkali dikaitkan dengan cenderung kepada pembangkang. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan pelajar-pelajar ke dalam bidang pengajian agama ini.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan ramai dalam kalangan pelajar dan pensyarah mendesak supaya pihak pentadbiran UM menggantikan pengarah APIUM dengan pengarah yang baru. Hal demikian kerana, sejak pengarah yang sedia ada ini memimpin APIUM, pelbagai masalah yang berlaku di dalam APIUM. - mks._

No comments:

ghuraba`

Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika manusia rusak."(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Hiraq Karmila

Hiraq Karmila
Makanan Sunnah (014 8290036) (FAHMI)